Sabtu, 14 Oktober 2017

Tunjukkan Kemahiran, Kesungguhan, Rakyat Harapkan Kemenangan


14/10/2017 -- Tunjukkan Kemahiran, Kesungguhan, Rakyat Harapkan Kemenangan:- 

DSD Dr Zambry Abd Kadir Sudah menjadi harapan buat peminat dan penyokong bola sepak negeri, The Bos Gaurus untuk melihat kemenangan pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yanh berlangsung esok, malam. 

Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingatjan kepada pemain untuk beraksi dengan kemahiran yang ada serta profesional di samping bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik. 

"Saya ingin mengingatkan kepada pemain-pemain negeri Perak bahawa rakyat meletakkan harapan yang tinggi. Saya mahu mereka bermain dengan bersungguh-sungguh dan baik. Saya tidak mahu mereka bermain dalam keadaan tertekan. 

"Tunjukkan kemahiran dan profesional dan dalam masa yang sama bermain bersungguh-sungguh," katanya semasa ditemui pemberita di selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Ipoh, hari ini. 

Beliau yakin jika perkara itu diterapkan, kejayaan akan menjadi milik The Bos Gauras dan sekaligus menewaskan kubu kuat JDT di gelanggang Stadium Perak. 

"Saya faham bagaimana susahnya rakyat ingin membeli tiket dan berpusu-pusu datang ke stadium. Itu semangat berkobar-kobar di kalangan peminat dan penyokong untuk lihat pasukan menang dalam perlawanan malam esok. 

"Saya doakan agar pasukan negeri Perak berjaya," kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry. Bagi menunjukkan sokongan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menayangkan perlawanan Perak menentang JDT di skrin LED, yang ditempatkan di Dataran Stesen Keretapi mulai pukul 8 malam, 15 Oktober 2017. 

"Warga kota Ipoh dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut. "Ia secara tidak langsung akan memeriahkan lagi Piala Malaysia 2017 serta menyemai semangat cintakan negeri Perak," MBI menerusi kenyataannya.