Rabu, 8 November 2017

AZMIN ALI DIPERSOAL KEHILANGAN RM2.95 BILION. MENGAPA BERDIAM DIRI!!!






Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Selangor berjumlah RM2.95 bilion telah HILANG dari rekod kewangan Kerajaan Negeri Selangor!!!

Dengan kata lain, wang berkenaan telah disorokkan oleh pentadbiran Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang merupakan ADUN Batang Kali di Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.

Menurutnya, wang tersebut yang disalurkan menerusi MARRIS untuk pembaikian dan penyelenggaraan jalanraya-jalanraya di Selangor semenjak 2012, langsung tidak wujud dalam rekod kewangan Negeri Selangor.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, penyataan anggaran perbelanjaan dan jumlah wang yang diterima oleh Kerajaan (menerusi MARRIS) perlu dibentangkan di dalam mesyuarat DUN. 

Bagaimanapun, jumlah (dalam penyata Anggaran Perbelanjaan Selangor) dari 2012 sehingga 2017 tidak mencatatkan apa-apa. 

Justeru, saya menggesa Menteri Besar untuk menerangkan perkara ini seandainya ia merupakan satu penyelewengan peruntukan MARRIS. Kita bimbang sekiranya berlakunya penyelewengan, ia boleh menimbulkan kekecohan sekiranya tidak dijelaskan.