Jumaat, 24 November 2017

JUALAN PROTON MENINGKAT 13% UNTUK OKTOBER 2017



Ekonomi Malaysia semakin pulih dan meningkat, ia diakui oleh Bloomberg baru-baru ini. Mengikut Bank Negara Malaysia ekonomi negara berkembang 6.2 peratus pada suku tahun ketiga tahun ini. Ia mendorong kepada peningkatan jual beli dalam pelbagai sektor.

Proton dan Perodua adalah dua syarikat yang kini bersaing secara sihat dalam jualan mereka. Tahun ini Perodua telah mendahului Proton dalam segmen B dengan menerima 80 ribu tempahan. Manakala Proton yang kini bekerjasama dengan Geely akan menampilkan beberapa model baharu jenama Proton untuk pasaran tempatan dan eksport bermula tahun hadapan.

Kereta-kereta Proton mencatatkan lonjakan 13% untuk rekod jualannya pada Oktober 2017 dengan 5,083 unit berbanding 4,498 unit kereta pada September 2017. Prestasi jualan ini memperlihatkan kenaikan 6% untuk bulan Januari - Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 61,380 unit berbanding 57,734 unit pada tempoh yang sama tahun lepas. 

Saga dan Persona, menguasai trend jualan apabila kedua - duanya menyumbang kan 70% kepada keseluruhan jualan kereta Proton, dengan 26,343 unit Saga dan 16,833 unit Persona terjual .

Saga terus kekal sebagai model pilihan utama di kalangan pemilik Proton. Dari harga serendah RM35,590.29  untuk varian standard 1.3L sehingga RM44,342.25  bagi varian Premium CVT 1.3L, 

Saga baharu ini menawarkan pemanduan yang hebat, lebih lancar, penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan dan mempunyai ciri - ciri moden yang memberikan lebih keselesaan seperti tiga Port USB untuk pengecasan telefon bimbit  dan set set audio yang hebat . 

Dari segi keselamatan pula , Saga telah dinaik taraf kepada 4 Bintang oleh ASEAN NCAP dengan varian varian Premium yang memiliki ciri - ciri seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, sistem kawalan cerun , beg udara, ISOFIX dan tambatan atas ( top - tether ) , dengan sensor di seluruh bahagian kereta .

Persona, yang menerima anugerah sebagai Kereta Kompak Terbaik selepas ianya dilancarkan telah memperlihatkan kenaikan 57.5% tahun sehingga kini, dengan jumlah jualan sebanyak 16,833 unit berbanding 10,687 unit pada tempoh yang yang sama tahun lepas. 

Perubahan yang dilakukan pada Persona generasi baharu ini telah menarik perhatian para peminat peminat Proton kerana kereta ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang baharu , malahan mempunyai ruang but sebesar sebesar 510 liter , menjadikannya pilihan di kalangan pelbagai jenis pelanggan. 

Persona memberikan kepelbagaian personaliti personaliti di mana ianya sesuai untuk pelajar kolej, suri rumah , eksekutif muda, keluarga kecil mahupun bagi mereka yang yang berjiwa aktif. 

Dengan harga bermula dari RM44,831.09, pemilik Persona dapat memiliki kereta yang bertaraf 5 Bintang oleh ASEAN NCAP , dengan sensor di seluruh bahagian kereta , ESC, ABS dengan EBD, Bantuan Brek , Sistem Kawalan Cengkaman dan bantuan kawalan cerun sebagai ciri - ciri standard bagi semua varian.