Jumaat, 24 November 2017

Keuntungan Petronas Meningkat 64 Peratus atau RM 10 Billion Selepas Cukai.




Nah!!! Ambil ko!!!


PKR, DAP, PPBM dan lain-lain sibuk dok kondem PM YAB Dato Seri Najib dan kerajaan BN yang kononnya tak pandai mentadbir. Mereka menuduh ekonomi semakin meruncing dan merudum, nilai ringgit semakin rendah, pelabur lari ke negara lain dan berbakul-bakul tohmahan jelik dilontarkan kepada kerajaan.

Kerajaan rasuah, menindas rakyat , merompak harta negara, kleptokrasi dan terkini pula Najib dichop sebagai Mugabee oleh anak Tok Wan.  Merompak menyamun menjadi wirid kepada Dap dan lain-lain dalam ceramah dan juga dalam dewan rakyat.

Namun segala tohmahan tidak menjadi, berkat usaha yang gigih oleh kerajaan dan kawalan ekonomi yang berhemah hari ini kita boleh saksikan sendiri kejayaan yang diraih hasil daripada NKRA yang dan unjuran yang betul.

Perdana Menteri sendiri telah berbalah untuk menjadikan negara ini negara ke 24 menguasai ekonomi dunia pada tahun 2050.  Kerja Najib ada blue print, ada kad laporan yang dibentangkan setiap awal tahun, berbeza dengan pentadbiran Tok Wan Wawasan 2020 yang mengariskan 9 cabaran, satu pun tak ada kad laporan sepanjang 22 tahun memerintah.

Rupa-rupa banyak yang lebuh dan lesap. Patut lah pembangkang memanggilnya Maha firaun , Maha zalim dan Bapa Penyamun, (rujuk kepada luahan Mat Sabu dalam ceramahnya).

Aapa lagi yang nak didendangkan oleh Daim, Zam, Out Side The kotak dan lain-lain? Balik tidur lah!!1

PETRONAS CATAT UNTUNG


Petronas telah mencatat keuntungan selepas cukai lebih tinggi sebanyak RM10.0 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2017 berbanding RM6.1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Syarikat minyak negara itu berkata, keuntungan lebih kukuh itu disebabkan pendapatan lebih tinggi, di samping susut nilai bersih lebih rendah ke atas aset dan kos telaga minyak, tetapi diimbang oleh kenaikan perbelanjaan cukai, kos produk serta pelunasan hartanah minyak dan gas.

Pendapatan kumpulan pada suku berkenaan berjumlah RM53.7 bilion, meningkat 14 peratus daripada RM47.01 bilion pada suku yang sama tahun lepas, dipacu purata harga direalisasi lebih tinggi untuk produk utama dan kesan kadar pertukaran asing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kumpulan itu kekal komited untuk meningkatkan kecekapan dalam semua operasi dan akan terus memberi tumpuan kepada inisiatif transformasi yang telah menghasilkan keputusan yang ketara.

"Kami merancang meningkatkan usaha untuk mengambil peluang daripada pemulihan harga minyak agar Petronas mengakhiri tahun ini dengan kukuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelaburan modal pada suku tersebut berjumlah RM12.5 bilion, terutama untuk projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia di Johor.

Bagi tempoh kumulatif berakhir 30 September 2017, keuntungan terkumpul Petronas berada pada RM27.3 bilion berbanding RM12.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, terutama disebabkan susut nilai bersih dan kos telaga minyak yang lebih rendah.

Pendapatan pada tempoh tersebut berada pada RM161.8 bilion berbanding RM140.7 bilion sebelum ini, terutama disebabkan purata harga direalisasi lebih tinggi serta kesan kadar pertukaran asing.

Berikutan pemulihan sederhana harga minyak dan usaha berterusan menambah baik kecekapan, Petronas menjangka keseluruhan prestasi akhir tahun kumpulan akan lebih baik daripada tahun lepas.

Volume atau isipadu kelayakan minyak mentah, pemeluawapan dan gas asli kumpulan bagi tempoh berakhir 30 September 2017 berada pada 1.74 juta tong minyak bersamaan (BOE) sehari berbanding 1.75 juta BOE dalam tempoh sama tahun lalu, sejajar dengan kemerosotan pengeluara

Jumlah isipadu pengeluaran ialah 2.29 juta BOE sehari berbanding 2.33 juta BOE sehari dalam tempoh sama setahun sebelumnya.

Jumlah aset merosot kepada RM600.3 bilion setakat 30 September 2017 berbanding RM603.4 bilion pada 31 Disember 2016 disebabkan pengukuhan ringgit berbanding dolar USD.

Ekuiti pemegang saham berkurang kepada RM380.3 bilion, terutama disebabkan dividen akhir sebanyak RM13.0 bilion kepada kerajaan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 (FY16).

Dividen sementara berjumlah RM3.0 bilion yang diisytihar untuk FY17 serta kesan kadar pertukaran asing diimbang sebahagiannya oleh keuntungan yang dijana semasa tempoh tersebut.

Nisbah penggearan menurun kepada 17.3 peratus setakat 30 September 2017 berbanding 17.4 peratus pada 31 Disember 2016.

Pulangan ke atas modal purata diguna telah meningkat kepada 8.6 peratus setakat 30 September 2017 berbanding 5.4 peratus setakat 31 Disember 2016, seiring dengan catatan keuntungan lebih tinggi.



Petronas has just reported a 64% surge in after-tax profits for Q3 2017 to RM10bil from RM6.10bil last year. Overall, for the 9 months period, after-tax profits have more than doubled to RM27.3bil compared to RM12.5bil last year.

Significantly, Petronas also reported that it had cash of RM129.2 billion as at end Sept 2017 - higher than the RM121.5 billion last year and even higher than the RM113.6 billion as at Sept 2013 when oil price had not tumbled or the RM108.5 billion in 2012.

This shows that the government has not forced Petronas to give up all their cash as dividends - despite allegations by Pakatan that the government has "run out of money".

Najib's govt differs significantly from Mahathir's govt, who had liked to raid Petronas for bail-outs (like his son's company) or to do dodgy projects such as over-paying a private entity significantly for KLCC's land or to fund other projects.

Najib prefers to let Petronas to grow its business and just take normal dividends from Petronas.

The question that people should ask Pakatan is this: With Petronas having RM129 billion in cash and RM600 billion in total assets, how exactly will 1MDB, which currently still have long-term debts of RM25 billion (but with significant assets higher than the debt) make Malaysia bankrupt or force the govt to collect GST to pay for its debt?

Significantly, Petronas current asset is RM600 billion, which is not far from our total govt debt. So how can our allegedly "Huge" govt debt make Malaysia bankrupt?

Countries such as Thailand or Singapore of Japan do not even have such a national oil company of such size.

If the govt is truly going bankrupt and so desperate for money , we could easily float the whole Petronas just like what the Saudis are doing with their national oil company Aramco.

If Najib was truly a dictator, he would do what Mahathir did and raid Petronas to pay 1MDB but he didn't and preferred to allow 1MDB to solve its own problems.