Jumaat, 24 November 2017

MP Parit Buntar VS MP Marang Berpanjangan sejak 2015



PAS Buat Laporan Polis Terhadap Mujahid

PAS Pulau Pinang dan penyokong bukan Islamnya menuntut Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusuf Rawa menarik balik kenyataan yang didakwa mengaitkan mereka dengan pengganas Negara Islam (IS) dan Al-Maunah.

Ketua penerangan PAS negeri Iszuree Ibrahim kenyataan itu berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada tahun 60-an.

Beliau menegaskan parti itu menolak aktiviti sedemikian.

Malah, katanya, ketika serangan pengganas di Paris, presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tampil ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menyatakan rasa simpati.

Iszuree berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Mujahid.

Iszuree menyifatkan pemimpin AMANAH seperti Mujahid sudah muflis idea dan pilih mengkritik PAS kerana gagal mendapat sokongan awam.

Mujahid bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan sebegitu seperti disebarkan.

“Mereka putat belit kenyataan saya dan hasilnya saya terima banyak kritikan.

“Mereka patut berhenti putar belit dan baca kenyataan sebenar saya yang disiar dalam beberapa portal berita,” katanya.

Mujahid antara pemimpin kanan PAS yang keluar beramai-ramai daripada parti itu dengan menubuhkan AMANAH sebagai sebuah parti Islam baru.

Langkah itu diambil setelah mereka ditolak beramai-ramai oleh golongan proulama dalam pemilihan PAS Jun lalu.AMANAH mengambil pendekatan bergabung bersama pembangkang lain manakala PAS pula memilih haluan baru dengan bersendirian. – MKSaudi tuduh badan ulama dianggotai Hadi ‘pengganas’
Pakatan 4 negara Arab diketuai Arab Saudi hari ini menuduh sebuah pertubuhan yang dianggotai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai terlibat dalam kegiatan keganasan.

Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain mendakwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (IUMS) yang diasaskan pada 2004 oleh ulama terkenal berpengkalan di Qatar, Yusuf al-Qaradawi, merupakan antara pertubuhan yang menaja keganasan.

Ia merupakan tambahan kepada senarai negara, pertubuhan dan individu yang dituduh 4 negara sekutu Amerika Syarikat itu sebagai menaja keganasan.

Tambahan itu turut menamakan Majlis Islam Antarabangsa atau Massaa, di samping 11 individu lain.

“Kedua-dua entiti itu adalah organisasi pengganas yang mahu mempromosikan keganasan dengan mengeksploit wacana Islam sebagai alasan menutup bantuan kepada aktiviti pengganas,” kata kenyataan 4 negara itu dipetik Arab News.

Sebelum ini, 4 negara itu turut menamakan Qaradawi sebagai berkait keganasan, lalu mengharamkan penulisannya yang menjadi rujukan popular fekah umat Islam sedunia.

Hadi merupakan naib ketua IUMS, sebuah pertubuhan antarabangsa yang menggabungkan puluhan ribu cendekiawan dan sarjana Islam.

Selasa lalu, Hadi dalam artikelnya membidas kuasa Arab seperti Arab Saudi yang cuba meningkatkan permusuhan mazhab, sambil menyatakan sokongan kepada Qatar, Iran, dan Turki.

“Saya tetap kembali kepada Al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam 2 Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada Allah,” kata Hadi merujuk Raja Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz.

IUMS antara lain mengambil pendirian mahu mendekatkan perbezaan antara mazhab, termasuk perdamaian antara pengikut aliran Sunni dan Syiah. Manakala agamawan Arab Saudi yang dipengaruhi fahaman Wahabi merupakan antara penentang kuat Iran dan aliran Syiah yang menjadi mazhab dominan di beberapa negara Teluk.

Jun lalu, “senarai keganasan” yang dikemukakan Arab Saudi dan kuncunya menuduh 59 orang dan 12 pertubuhan, tidak lama selepas memutuskan segala bentuk hubungan dagang dan diplomatik dengan Qatar.

Langkah itu menerima sokongan beberapa sekutu Saudi seperti Yaman, Bahrain, UAE, Maldives dan Libya, dan dilihat usaha Riyadh untuk memencilkan gergasi ekonomi minyak itu di samping menguatkan pakatan Arab-Washington untuk berdepan Tehran.

Mujahid ada tujuan tersirat atau sokong Saudi & Israel?

GESAAN Mujahid Yusof Rawa supaya YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang tampil menafikan tuduhan pengganas ke atas diri Presiden PAS itu jelas menunjukkan kejahilan Ahli Parlimen Parit Buntar itu sendiri dalam memahami realiti politik antarabangsa yang sedang melanda negara-negara umat Islam mutakhir ini.

Saya percaya, Mujahid yang merupakan bekas ahli dan pimpinan PAS sebelum ini sangat mengetahui bahawa PAS dan Presiden PAS bebas daripada sebarang pengaruh dan penglibatan dengan aktiviti keganasan sama ada di dalam atau luar negara.

Lagi pula ini bukan kali pertama cubaan untuk mengaitkan PAS dan Presiden PAS dengan keganasan. Pada 2007, Presiden PAS pernah dikaitkan dengan kes pengeboman di United Kingdom oleh akhbar Daily Mirror.

Kes ini berakhir dengan akhbar itu bersetuju mengemukakan permohonan maaf, membayar ganti rugi dan kos guaman kepada Presiden PAS justeru membersihkan nama Presiden PAS dan mengakui ketidakterlibatan Presiden PAS dengan keganasan.

Saya berpandangan bahawa gesaan seumpama itu oleh Mujahid sebenarnya ada tujuan tersirat yang lain atau juga Mujahid sebenarnya memang cenderung kepada pemikiran dan kepentingan politik Arab Saudi dan sekutunya yang lebih mahu mempertahankan kuasa Israel di Asia Barat justeru mengapi-apikan sektarian mazhab dan bangsa sehingga sanggup memecahbelahkan dan memangsakan umat Islam sendiri.

Mujahid ! usahlah menangguk di air keruh.

Kenyataan Media Penerangan. 160/31
06 Rabiul Awwal 1439 / 24 November 2017.– HARAKAHDAILY 24/11/2017