Selasa, 16 Januari 2018

Mahathir PM Sementara, Dap Yang Jadi Kabinet Kekal





Sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad diumumkan sebagai Perdana Menteri, macam-macam usaha dilakukan oleh penyokongnya semata-mata untuk memberikan imej yang baik kepada beliau.

Ia termasuk membohongi rakyat bahawa ringgit Malaysia semakin mengukuh selepas Mahathir diumumkan menjadi Perdana Menteri kitar semula.

Walaupun hakikatnya Mahathir hanya menumpang hasil kerja orang lain iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakikatnya rakyat tahu bahawa Najib dan kerajaan Barisan Nasional terpaksa bekerja keras untuk menaikkan ekonomi Malaysia, terutama selepas pembangkang memburukkan negara ini.

Malangnya selepas ekonomi kekal stabil dan ringgit makin kukuh, pembangkang cuba mengambil kredit di atas kejayaan orang lain. Apabila menyentuh mengenai pentadbiran negara, kenapa PH hanya mengumumkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sahaja?

Rakyat tahu Mahathir adalah Perdana Menteri sementara sebelum diserahkan kepada Anwar Ibrahim. Namun persoalannya mana anggota Kabinet bayangan Pakatan Harapan?

Kenapa tidak diumumkan sekali? Kenapa hanya jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya sahaja diumumkan? Ada sesuatu hendak disembunyikan?

Sebenarnya jika diteliti, DAP adalah parti yang akan menguasai Kabinet jika PH menang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Pada dasarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat kerusi paling banyak dalam pengagihan kerusi Parlimen di Semenanjung iaitu 52 kerusi, diikuti PKR dengan (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan PAN (27) kerusi .

Namun realitinya, DAP akan untung besar dalam hal ini. Walaupun DAP hanya 35 kerusi namun itu adalah kerusi yang sudah dimenangi DAP. Dalam PRU14, DAP yang akan menang banyak berbanding PKR, PPBM dan PAN.

PPBM? Parti itu belum pernah bertanding lagi pada PRU dan belum tentu boleh menang. Malah Mahathir sendiri belum tentu boleh menang di Langkawi, Putrajaya dan Kubang Pasu kerana itu adalah kawasan UMNO.

Di Gombak pun belum tentu Mahathir akan menang. Jadi sudah tentu ramai calon DAP akan membarisi barisan Kabinet jika PH menang kelak.

Baru baru ini tersebar maklumat berkaitan mesyuarat sulit DAP di Hotel Holiday Villa, Subang pada 7 Januari 2018 selepas berakhirnya Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam.

DAP bermesyuarat sesama mereka sahaja dan menyatakan misi sebenar mereka. Agenda "Malaysian Malaysia" masih lagi agenda utama DAP.

DAP sebenarnya mahu kerusi kerusi penting seperti Timbalan Perdana Menteri Kedua, Menteri KDN, Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan, Menteri MITI, Menteri Pertahanan, Menteri KPKT, Menteri JKR dan Speaker Dewan Rakyat.

Jawatan jawatan ini adalah jawatan dan posisi paling kanan dalam kabinet. Nampak sangatlah jawatan PM dan TPM yang di atas hanyalah sementara sahaja. Kalau DAP pegang majoriti menteri dalam kabinet dan juga menteri pertahanan, bila bila masa sahaja akan berlaku "coup de'tat" di Putrajaya.

Teresa Kok, Anthony Loke, Gobind Sigh Deo, Nga Kor Ming, Ngeh Khoo Ham, Tan Kok Wai, Lip Lee Eng, Tony Pua dan Liew Chee Tong, inilah bakal bakal nama kabinet Malaysia kalau Pakatan Harapan menang. Penuh dengan muka DAP, yang di atas sahaja ada nama Melayu.

Manakala PPBM yang mendapat banyak kerusi pada pengagihan parti itu belum tentu akan menang. Dengan krisis dalaman yang dialaminya termasuk yang terbaru kira-kira 100 ahli PPBM di Klang menyeberang ke UMNO, maka makin tenatlah PPBM dalam PRU14.

Sekali lagi, DAP akan menang dalam percaturan ini. Walaupun dapat kerusi yang sedikit di Semenanjung tetapi DAP akan tanding semua kerusi di Sabah dan Sarawak. DAP dijangka akan tanding 71 kerusi secara keseluruhannya, bukan hanya 35 kerusi seperti yang diumumkan.

Anggaran sebenar agihan kerusi pembangkang (termasuk Sabah & Sarawak) adalah seperti berikut ;

  1. DAP - 71 kerusi
  2. PKR - 70 kerusi
  3. PPBM - 52 kerusi
  4. PAN - 27 kerusi
  5. Warisan - 2 kerusi
  6. Jumlah - 222 kerusi

Ini jumlah sebenar agihan kerusi pembangkang. DAP yang dominasi. DAP yang akan kuasai semua menteri menteri dalam kabinet. Jawatan PM dan TPM hanya sementara sahaja.

Melayu seperti Mahathir akan buka jalan untuk DAP jadi PM dan TPM selepas itu. Sekali DAP dapat perintah, apakah senang hendak dapat balik kuasa?

Menangis air mata darah pun sudah tidak berguna. Habislah semua apa yang ada di Putrajaya. Felda, Mara, KWSP, KWAP, PNB dan Tabung Haji entahlah apa akan jadi kalau DAP sudah perintah.

Jangan biarkan mimpi ngeri ini terjadi. Jangan biar anak cucu kencing atas kubur nanti. Buatlah pilihan bijak hari ini.