Rabu, 24 Januari 2018

Nga Kor Ming Mahu Undur Diri Dari Politik?




Parti pembangkang Dap hari ini mengulang semula taktik lama untuk menang pilihan raya dengan cara menagih simpati dari rakyat.

2008 Dap menyatakan mereka bukan lah sebuah parti yang kuat, mereka tidak mampu menumbangkan BN tetapi mereka hanya mahu mengurangkan undi majoriti Umno BN sahaja. 

Selain itu mereka juga menyucuk rakyat terutama kaum cina supaya membenci BN dengan pelbagai tuduhan palsu yang sengaja direkacipta untuk meraih undi. 

Antara nya ialah sistem pendidikan di Malaysia tidak memberi ruang dan peluang yang luas kepada anak-anak cina.  Pendidikan di Malaysia hanya untuk orang Melayu sahaja.  Orang cina akan dinafikan hak untuk belajar di universiti dan sebagainya. 

Oleh kerana simpati dan belas kasihan nya kepada Dap, akhirnya mereka menang dengan 28 kerusi parlimen , ia melebihi kerusi Pkr yang hanya 24 kerusi dan Pas memperoleh 23 kerusi dalam PRU ke12 tahun 2008. Dap juga berjaya mengusai negeri Pulau Pinang, Selangor dan Perak dengan bantuan Pas.

Pada PRU 13 tahun 2013 Dap menambah bilangan kerusi parlimen kepada 38 kerusi diikuti oleh Pkr 30 dan Pas kekal tercorot 23 kerusi. Kemenangan Pkr dan Dap banyak dibantu oleh PAS.

Sebelum ini Rafizi Ramli menyuarakan rasa hati nya jika kalah lagi PRU akan datang, beliau akan mengundurkan diri dari politik, kini rintihan yang sama diulang oleh Nga Kor Mng.

Menurut kenyataan Menteri Besar Besar DS Dr Zambry Abd Kadir, beliau menyifatkan kenyataan Nga Kot Ming adalah satu sentimen bagi meraih undi rakyat. 




Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan kenyataan seorang pemimpin DAP di negeri ini mahu berundur daripada politik jika pembangkang gagal berkuasa pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan satu sentimen bagi meraih undi rakyat.

“Ini adalah cakap-cakap daripada mereka (pembangkang) yang suka bermain sentimen begini bagi memancing undi rakyat dengan harapan rakyat mudah terpengaruh,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Agama Rakyat An-Najah di Taman Samudera di sini, hari ini.

Pengerusi Dap Perak Nga Kor Ming menerusi satu artikel dalam sebuah akhbar berbahasa Mandarin baru-baru ini, menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri daripada arena politik sekiranya pakatan pembangkang gagal merampas pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional pada PRU14.

Zambry berharap Nga menunaikan janjinya itu jika pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.