1. Perlembagaan negara kita tidak ada konsep 'Caretaker Government' seperti di Australia dan New Zealand yang melantik kakitangan kerajaan sebagai 'penjaga sementara negara'.
2. Ini diakui sendiri oleh Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Kit Siang pada 17 Januari 2008:
"Sukacita dimaklumkan bahawa dalam kerangka undang-undang pilihanraya Negara kita termasuk Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan adanya 'Caretaker Government'. Oleh yang demikian, apabila pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri berlaku, maka kerajaan yang memerintah sebelum pembubaran tersebut akan terus menerajui kerajaan sehinggalah sebuah kerajaan baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia."
3. Dalam realiti politik negara kita, kerajaan yang memerintah akan terus menerajui pemerintahan sehinggalah kerajaan baru ditubuhkan.
4. Tun Mohd Salleh Abas dalam bukunya bertajuk "Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia" terbitan DBP di muka surat 115 turut menyatakan hal yang sama bahawa apabila parlimen dibubarkan, Perdana Menteri dan menteri-menteri lain tidak perlu meletakkan jawatan melainkan jika mereka kalah dalam pilihan raya umum yang diadakan berikutan pembubaran parlimen itu.
5. Perlembagaan Malaysia Perkara 43(2)(b) juga secara jelas telah menerangkan:
"Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
…tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara."
6. Malah, ini turut disahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 3 April 2013 bila mana beliau berkata kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat mentadbir negara dan padanya tidak berlaku kecacatan termasuklah dalam bidang ekonomi dan politik.
"Fungsi untuk mentadbir negara masih sama, tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi di dalam Parlimen tidak ada lagi, dan perundangan tidak boleh dibuat".
7. Beliau juga turut mengesahkan bahawa tidak ada istilah kerajaan sementara di dalam Perlembagaan Malaysia.
8. Ini bermakna, pemerintah semasa tetap menjadi pemerintah sehinggalah selesai pilihanraya.
9. Oleh itu, pendapat yang mengatakan pemerintah dalam tempoh pasca pembubaran parlimen bukan lagi ulil amri dan tidak perlu diberikan ketaatan adalah suatu kesimpulan yang salah.
10. Maka, syubhat yang menyatakan ketika parlimen bubar tiada pemerintah, jadi mengundi pembangkang bukanlah menjatuhkan pemerintah dan bukanlah tindakan khawarij adalah sangat tidak betul.
11. Hakikatnya, walaupun parlimen dibubarkan, pemerintah masih ada dan masih pemerintah yang sama. Mengundi pihak lawannya adalah bererti mengundi untuk menjatuhkan pemerintah Islam semasa. Ini jelas adalah tindakan khawarij!
12. Apatah lagi, pemerintah telah meminta mandat memberikan undi kepada Barisan Nasional yang mana arahan ini bukan sama sekali arahan batil dan kita wajib ditunaikan samada suka atau tidak berdalilkan dari hadis Nabi ﷺ,
عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ قَالَ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
Dari Ibnu Umar, Nabi ﷺ bersabda,
"Bagi setiap muslim, wajib taat dan mendengar kepada pemerintah kaum muslimin dalam hal yang disukai mahu pun hal yang tidak disukai (dibenci) kecuali jika diperintahkan dalam maksiat. Jika diperintahkan dalam hal maksiat, maka boleh menerima perintah tersebut dan tidak boleh taat (tidak taat dalam hal kemaksiatan itu sahaja, -pent)." [HR. Bukhari no. 7144 dan Muslim no. 1839].
Allahua'lam.
Kredit:
1. Dr Abdul Rahman Abdul Kadir II
2. Abu Taqiyuddin
#UB
#JanganJadiKhawarij
#KhawarijAnjingNeraka
#TaatPemerintahDalamHalMakruf