Ahad, 21 Januari 2018

pembelian aset komersial Fasa 2 projek Battersea Power Station


Isu: pembelian aset komersial Fasa 2 projek Battersea Power Station (BPS) bernilai 1.608 bilion pound (RM8.76 bilion).

Ada pihak tak puas hati kejayaan projek BPS - Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Kesangsian ini disebarkan pihak di United Kingdom yang tidak berpuas hati dengan kejayaan projek pembangunan semula tersebut.

"..rujukan bahawa harga projek BPS kini 1,000 kali ganda lebih mahal daripada harga asal adalah berniat tidak baik."

"Ada pihak lain yang mahu membeli bangunan ikon ini daripada konsortium pemaju tetapi kami mahukannya sebagai pelaburan."

Fakta:

* Latarbelakang:
- projek pembangunan semula BPS oleh konsortium Malaysia.
- konsortium Malaysia: Sime Darby Property, SP Setia dan KWSP.
- nilai pembelian aset: 1.608 bilion pound (RM8.76 bilion).
- KWSP dan PNB sudah memeterai Terma Utama (HoT) bersama Battersea Phase 2 Holding Company Limited bagi memulakan rundingan awal membeli aset komersial Fasa 2 projek pembangunan BPS.

* nilai tanah terbiar tidak boleh dibandingkan dengan nilai projek hartanah yang dimajukan dan mendapat sambutan baik.

* fasa satu kediaman sudah siap dengan keuntungan diperoleh agak besar.

* bangunan komersial utama BPS, termasuk pusat beli-belah dan ruang pejabat, akan diduduki Apple yang menyewa kawasan seluas 500,000 kps.

* KWSP &  PNB akan membeli bangunan itu apabila ia siap dan dengan pulangan sewa yang baik.

* rancangan pembelian projek itu dibuat bersandarkan pertimbangan pelaburan tulen.

* tiada campur tangan atau arahan daripada Kementerian Kewangan.

* kawasan sekitar BPS giat membangun dan akan menjadikan lokasi popular di London pada masa depan.