Rabu, 21 Februari 2018

Baru Anina Tahu Siapa Tok Wan and The Gang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Pada 28 Ogos 2015, saya telah memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut DS Najib Razak menjelaskan secara terperinci derma politik RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

2. Saya telah kalah di Mahkamah Tinggi dan rayuan saya di Mahkamah Rayuan juga telah ditolak kerana Perkara 18C Akta Pertubuhan telah menghalang sebarang isu berkaitan parti politik dibawa ke Mahkamah. Ianya adalah peruntukan undang-undang yang digubal dan diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohammad sendiri.

3. Saya masih mencari kebenaran tentang isu dana politik walaupun setelah saya keluar dari PPBM. Selepas hampir setahun, saya telah menemui petunjuk baru berkaitan isu terbabit.

4. Saya telah membangkitkan isu berkaitan pembelian 30% saham Realmild pada tahun 2000 oleh Dato A. Kadir Jasin yang kemudiannya telah menjualkannya kepada pihak lain. Baki 70% saham Realmild dimiliki oleh Dr Mahathir Mohammad melalui Trust Deed yang dipegang oleh sebuah firma guaman. Dato' A Kadir Jasin mendakwa segala keuntungan tersebut telah diserahkan kepada UMNO manakala 70% saham Realmild pula diserahkan kepada UMNO oleh Tun M.

Saya telah mengajukan beberapa soalan kepada Dato A Kadir Jasin (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM), namun sehingga kini tujuh (7) soalan saya masih gagal dijawab oleh beliau.




5. Isu pokok dari narrative yang saya cungkil satu persatu di atas adalah, bagaimanakah Dato' A Kadir Jasin dan Dr Mahathir Mohammad pada ketika itu boleh memegang wang yang begitu banyak didalam akaun peribadi untuk pihak UMNO sedangkan DS Najib Razak tidak boleh.

6. Persoalan ini turut dikuatkan dengan kenyataan TS Muhyiddin Yasin di dalam sidang MT UMNO pada 9 September 2015 yang mengakui bahawa DANA KHAS PRESIDEN memang wujud di dalam UMNO. Video pengakuan TS Muhyiddin Yasin tersebut telah ditular di media sosial sejak 3 tahun yang lalu, namun beliau tidak pernah mengesahkan atau menafikannya.

7. Persoalannya, jika DANA KHAS PRESIDEN itu diakui benar oleh TS Muhyiddin Yasin pada 9 September 2015, apakah motif sebenar Saman Sivil terhadap DS Najib Razak yang dilakukan oleh saya pada 28 Ogos 2015? Sekali lagi saya tekankan, 12 hari selepas saya menfailkan saman tersebut, TS Muhyiddin Yasin telah membuat pengakuan rasmi di hadapan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bahawa DANA KHAS PRESIDEN wujud dalam UMNO.

8. Ianya turut menjawab persoalan saya tentang kenapa saman sivil yang saya lakukan terhadap DS Najib Razak tersebut tidak dilakukan oleh TS Muhyiddin Yasin atau DS Mukhriz Mahathir.

9. Adakah ini juga bermakna isu derma politik di dalam akaun peribadi DS Najib yang dimaklumkan dan mendapat pemakluman balas oleh Gabenor Bank Negara ini sengaja di jadikan isu semata-mata untuk menjatuhkan Presiden UMNO?

10. Saya memohon Tun Dr Mahathir Mohammad, TS Muhyiddin Yassin, DS Mukhriz Mahathir dan Dato A Kadir Jasin untuk menjawab persoalan ini dengan jelas, terperinci dan penuh kejujuran demi agama, bangsa dan negara.

Terima kasih.

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA