Isnin, 19 Mac 2018

DAP jadikan Pilihanraya seperti Touch and Go

DAP terus mengamalkan tindakan ‘menang dan lari’ apabila mengumumkan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, 41, dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Perayaan Ulang Tahun Ke-52 DAP, di sini sebentar tadi.

Ini merupakan kali kedua Chin Tong ‘lari’ daripada kawasan yang ditandinginya, sekali gus hanya berkhidmat satu penggal di setiap kerusi yang dimenanginya.

Chin Tong pada Pilihan Raya Umum 2008 memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang sebelum berpindah ke Johor dan bertanding di kerusi Parlimen Kluang pada 2013. - UTUSAN ONLINE