Isnin, 19 Mac 2018

Tiada Wang Daripada 1MDB Yang Dikirimkan Kepada Najib - Arul Kanda



1. Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata syarikatnya tidak pernah mengirimkan sebarang jumlah wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

2. Dalam forum Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Arul berkata ini berdasarkan rekod 1MDB sendiri dan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

_"Saya mengesahkan bahawa 1MDB, berdasarkan rekod dan siasatan PAC, tidak pernah membayar walaupun satu sen kepada akaun peribadi Perdana Menteri,"_ katanya.

3. Arul berkata demikian semasa sesi soal jawab mengenai dakwaan bahawa Perdana Menteri menerima RM2.6 bilion daripada 1MDB ke dalam akaun persendiriannya.

4. Memetik dari Star Online, Arul berkata 1MDB tetap menjadi sasaran pembangkang kerana mereka telah kehabisan isu untuk dimainkan dalam mengkritik kerajaan.

5. Beliau memuji usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

_"Isu 1MDB adalah satu yang sudah lama, tetapi  pihak tidak bertanggungjawab terus memainkannya isu ini,"_ katanya.

6. Arul berkata Najib terus dikaitkan dengan 1MDB kerana kedudukan beliau sebagai bekas penasihat pengerusi lembaga tersebut .

_"Satu-satunya kuasa beliau adalah untuk memberi nasihat. Hanya kerana dia berada dalam jawatankuasa lembaga pengarah, pembangkang mengatakan PM bertanggungjawab,"_ katanya, sambil menambah bahawa Najib tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif.

7. Arul berkata rakyat tidak boleh membuat spekulasi mengenai saman sivil dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1MDB, yang difailkan pada tahun 2016.

_"Tidak ada prosiding, pertahanan atau keputusan lagi. Baru-baru ini juga mereka telah meminta mahkamah untuk menangguhkan kes itu selama enam bulan lagi"._

8. Najib telah menafikan salah laku berhubung dengan 1MDB pada 2016, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata US$681 juta dalam akaunnya adalah hadiah daripada kerajaan Arab Saudi.

9. Minggu lalu, 1MDB mengumumkan mereka tidak akan menuntut wang sebanyak 104 juta Franc Swiss (RM430 juta) yang didebatkan oleh ahli-ahli parlimen Switzerland bahawa wang tersebut perlu dikembalikan kepada pemilik yang sah kerana wang itu bukan miliknya atau kerajaan Malaysia.

10. Beliau menambah lagi bahawa RM430 juta adalah daripada denda yang dikenakan ke atas bank oleh pihak berkuasa dalam kawal selia kewangan Switzerland dan ia adalah milik bank-bank tersebut.

11. Parlimen Switzerland kemudian telah menolak tawaran untuk meminda undang-undang yang mengendalikan keuntungan bank yang dirampas oleh pihak berkuasa yang bertujuan untuk mengembalikan wang yang dikaitkan dengan 1MDB kepada rakyat Malaysia.

12. Pada 28 Feb, polis Indonesia telah merampas kapal layar mewah, Equanimity, di Bali atas permintaan pihak berkuasa AS, bagi meneliti dakwaan pengubahan wang haram dalam dana negara Malaysia.

13. Kapal layar tersebut telah dirampas di Bali dan dalam penyiasatan berhubung rasuah berjuta-juta dolar oleh DoJ yang disabitkan kepada 1MDB.

14. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap media asing yang menerbitkan "berita palsu" mengenai 1MDB.

15. Jailani berkata kementerian telah mengenal pasti organisasi berita yang "cuba untuk memanipulasikan" isu 1MDB berikutan penyitaan kapal layar di Bali. Antaranya adalah The Wall Street Journal (WSJ), The New York Times, The Economist, Australian Broadcasting Corporation, dan MSNBC.