Selasa, 20 Mac 2018

Jabatan Perhutanan Di Larang Masuk Ke Kawasan Pembalakan



Isu pembalakan di Kelantan memang kronik, sejak Pas menguasai negeri Kelantan 1991, Industri pembalakan berkembang pesat.  Selain pembalakan hutan juga dibakar dimusnahkan untuk projek pertanian. Ada kala kita boleh melihat dari jauh petani atau peneroka menggunakan kaedah membakar hutan untuk tujuan pertanian pindah. 

Pengguna lebuh raya dari Gua Musang ke Pahang boleh melihat dan menilai sendiri bagaimana hutan-hutan simpan digondolkan dengan rakus atas nama pembangunan.  

Tak hairanlah orang Kelantan terutama orang politik penyokong kerajaan Pas semakin kaya dan mampu memiliki kereta mewah 5000 cc ke atas. Kaya sebagai pengusaha balak.


Kerajaan PAS Kelantan mendakwa kumpulan Orang Asli yang membuat sekatan dalam isu pembalakan dan perladangan di Gua Musang enggan memberi kerjasama kepada pegawai kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pegawai Jabatan Perhutanan negeri telah turun ke lokasi berkenaan untuk membuat tinjauan namun dihalang daripada memasuki kawasan tersebut.

“Apabila ada terima laporan kononnya aktiviti pembalakan memusnahkan hutan, Jabatan Perhutanan kena masuk ke kawasan itu untuk dapatkan maklumat. Tetapi kumpulan yang buat sekatan ini pula tidak benarkan mereka masuk.

“Kita nak tengok sejauh mana masalah itu baru boleh buat keputusan dan buat tindakan lanjut. Macam mana nak buat keputusan kalau mereka tidak beri kerjasama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan negeri hari ini.

Baru-baru ini, sekumpulan Orang Asli membuat sekatan di tiga lokasi iaitu di Chawas, Gua Cha dan Pos Gob.

Ia sebagai bantahan terhadap penerokaan hutan serta tanah adat mereka bagi tujuan pembalakan dan projek perladangan durian Musang King.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan PAS Kelantan juga sedia mengadakan rundingan dengan kerajaan persekutuan berhubung pelbagai isu berbangkit membabitkan Orang Asli di negeri itu.

Mohd. Amar berkata, masalah yang timbul bukan membabitkan isu pembalakan semata-mata, malah turut melibatkan beberapa isu lain terutama berkaitan pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Setakat yang kita tahu, berdasarkan pertemuan yang lepas dengan wakil masyarakat Orang Asli ini, bukan soal pembalakan sahaja tetapi dari segi pengurusan antara kerajaan (persekutuan) melalui Jakoa membabitkan kebajikan mereka.

“Isu ini berkait, jadi kalau kerajaan nak jumpa dengan kerajaan negeri kita alu-alukan,” katanya.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi catatan laman Facebook melaporkan, menerima kunjungan Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Nor Akhirrudin Mahmud bagi membincangkan isu semasa mengenai pengurusan sumber asli (hutan) dan masyarakat, terutama Orang Asli. – 28 Februari 2018.

sumber: