Rabu, 14 Mac 2018

Izzah Cakap Tanpa Fakta, Apa Kaitan GST dan 1MDB?



Nurul Izzah, jadi Ahli Parlimen ni kenalah cerdik sikit. Setakat bercakap takde fakta sebab nak membodohkan orang. Zaman teknologi ni, maklumat 10, 20 tahun dulu orang boleh cari balik dengan mudah dan cepat.

MP Lembah Pantai ni kata cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 6% yang rakyat kena bayar sekarang disebabkan hutang daripada 1MDB. Oh Izzah, apa kena mengena GST dengan isu 1MDB? Walhal 1MDB bayar hutang sendiri dengan proses rasionalisasi, dan GST pula diperkenal 1 April 2015 dilaksanakan apabila hasil dari minyak berkurang sebab harga minyak dunia jatuh! Kan ada beza dua isu tu, Izzah?

Dan kalau Izzah lupa, bapa dia, Anwar Ibrahim pun sokong pelaksanaan GST waktu dia jadi Menteri Kewangan pada tahun 1993. Katanya, GST adalah sistem yang lebih efisien. Tapi biasalah, bila jadi pembangkang, semua benda bertukar, berpusing 360 darjah! Benda yang dulu dipuji pun boleh jadi benci. Tak pun, lupa ingatan terus.

Sebab tulah, waktu undi nak luluskan pelaksanaan GST pada tahun 2014 dulu, Anwar ponteng! Takut undi dia nanti makan diri pula!

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP