Selasa, 20 Mac 2018

Pakatan Bakal Perkenal Cukai Cekik Darah!



Konon Pakatan mahu mansuh cukai GST yang didakwa sebagai membebankan dan nak diganti dengan cukai SST, padahal langkah mengembalikan 'cukai lapuk' itu hanya akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

Ini diakui oleh Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Subromaniam Tholas. Nak tahu apa kesan jika laksana SST? Pertama, para peniaga akan ambil kesempatan mengaut keuntungan, dan kedua, akan berlaku inflasi sebab perubahan sistem percukaian.

Ia tak seperti GST yang telus sebab pengguna akan tahu sama ada barang yang dibeli adalah tertakluk kepada cukai, dan mereka tahu jumlah yang dibayar.

Paling penting, kutipan GST berjumlah RM40 billion setahun akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai inisiatif. Pembangkang pula tak perincikan bagaimana mereka nak laksana SST. Pakai main petik saja. Memang lunak di telinga, tapi kesannya amat buruk pada masa depan.

#TolakPakatanPRU14