Rabu, 21 Mac 2018

DAP: Tawan Air Hitam Bermakna Tawan Putrajaya

Chin Tong dan Lim Kit Siang menjadi fokus kepada pengundi khususnya di Johor kerana kedua mereka dikatakan akan meninggalkan kawasan yang mereka menangi pada PRU 13 lalu tanpa meninggalkan apa-apa bentuk kemajuan dan perubahan terhadap kawasan tersebut dan kini sedang mencari jalan selamat dengan melompat ke kawasan lain.

Pengundi pada Pilihan Raya Ke 14 nanti harus sedar bahawa kedua mereka ini tidak begitu disenangi setelah tidak menunaikan segala janji yang mereka buat ketika memenangi Pilihan Raya Ke 13 yang lalu, harapan yang mereka berikan hanya tinggal harapan dan kini mereka sedang menjual maruah menagih simpati di tempat baharu dengan menjanjikan harapan yang baru pula.

Namun pengundi di Ayer Hitam perlu tahu bahawa DAP bukan sahaja sedang berdepan dengan Datuk Seri Wee Ka Siong, mereka juga sedang berkemelut dengan rakan mereka didalam pakatan pembangkang ia ini parti PAN yang juga mahu meletakkan calon mereka di situ.

http://postmetro.online/index.php/113-pandangan/20638-mca-berapa-jumlah-pemindahan-pengundi-gelang-patah-dan-kluang-ke-ayer-hitam