Khamis, 15 Mac 2018

PM Lancar Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018



PM Najib Razak terus komited untuk memartabatkan sektor pengajian tinggi negara dengan menyediakan pelbagai program dalam membantu generasi muda untuk berjaya.

Terbaharu, beliau melancarkan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JBP 2018). Program ini mencari, mengenal dan membantu 200,000 pelajar Bumiputera lepasan SPM Tahun 2013-2017 untuk melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan termasuk Universiti Awam.

Ia tidak hanya memberi fokus kepada Pendidikan semata, malah memberi peluang anak muda menyertai bidang kemahiran. JBP 2018 mensasarkan untuk menempatkan 65,000 pelajar Bumiputera lepasan SPM di Institusi Pendidikan dan kemahiran tinggi serta Universiti Awam.

Program ini mempromosikan pendidikan dan menyediakan peluang pengajian bagi golongan yang kurang berkemampuan, serta membantu pelajar-pelajar bumiputera yang kurang bernasib untuk melanjutkan pengajian mereka.

#BarisanProRakyat