Khamis, 15 Mac 2018

Otak Mahathir sudah BERCELARU

Tetapi tidak pada hari ini dalam gerakannya mahu menjatuhkan Dato' Seri Najib, Mahathir tidak mendapat sokongan dari ahli akar umbi dan kepimpinan UMNO, dan Mahathir gagal menimbulkan kebencian serta keraguan terhadap kepimpinan Dato' Seri Najib, malah Ahli UMNO mula mempertikaikan kewarasan Mahathir dikala menjejak usia 93 tahun, adakah masih waras lagi akal pemikiran Mahathir.
Tindakan Mahathir mendapatkan bantuan dari musuh politiknya setelah di tolak oleh ahli UMNO menjadikan seperti satu pengesahan bahawa Mahathir sedang mengalami gangguan atau kecelaruan fikiran, kerana banyak perkara yang dilakukan oleh Mahathir hari ini dilihat sebagai aneh dan pelik.
Dalam tidak sedar Mahathir telah mendedahkan siapa sebenarnya dirinya yang lebih mementingkan diri serta anak beranak serta kroninya tanpa memperdulikan nasib rakyat walaupun atas tema Selamatkan Malaysia. 
Rakyat harus faham dan kenal siapa Mahathir yang akan bertindak membakar rumah jika keluar dari rumah walau pun pernah menjadi penghuni dan menumpang di rumah berkenaan, tanpa memperdulikan mereka yang masih menghuni rumah tersebut, maka oleh itu rakyat seharusnya menolak pakatan Mahathir bersama mereka yang mahu menjahanamkan negara Malaysia tercinta ini.