Khamis, 15 Mac 2018

DAP Tak Layan Kempen Invoke Isytihar Harta


Belum lagi jadi kerajaan, DAP dah tunjuk perangai hidung tinggi dia. Di kala Invoke sibuk 'promote' pasal isytihar harta, parti Tokong kata mereka hanya isytihar harta kalau mereka berada dalam kerajaan. Bukan main Invoke, NGO yang mesra Pakatan berkempen pasal isytihar harta kononnya supaya calon mereka 'bersih', realitinya tiada sambutan pun!

Bayangkan, hanya 103 saja pemimpin Pakatan yang isytiharkan harta mereka. Malangnya, itu pun hanya melibatkan PAN dan PKR saja. PPBM? Umpama 'pungguk rindukan bulan' jerlah. Masing-masing nak sorok kekayaan masing-masing. Yerlah, minta derma untuk parti, padahal diorang punya aset, harta tak terkira.

Kalau betul ber-PAKAT, masing-masing kenalah sokong agenda yang mereka gerakkan tu. Ini tak, lagi ramai yang berpeluk tubuh dari yang serahkan diri kerana integriti.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP