Khamis, 15 Mac 2018

Setiap kali PRU Cynthia Gabriel muncul dengan pelbagai isu besar








Cynthia Gabriel satu ketika dahulu sibuk dalam isu kapal selam  scorpene, beliau dan NGO telah mengupah seorang peguam dari Perancis untuk memburukan kerajaan terutama perdana menteri dengan mengaitkan kematian Altantuya Sharibu.  

Peguam tersebut dikatakan akan membuktikan di mahkamah Perancis mengenai skandal pembelian kapal selam tersebut.  Beliau juga menganjurkan pelbagai forum kepada rakyat Malaysia mengenai skandal kepal selam dan berjaya mengumpul dana yang besar untuk membantu mereka di mahkamah Perancis. Menurut Cynthia Dato Seri Najib akan di sapina oleh mahkamah Perancis

Namun segalanya auta belaka tiada kes kapal selam yang difailkan di mahkamah Perancis. Cynthia Gabriel sepi seketika kerana malu besar. 

Akhir tahun lalu Cynthia sekali lagi membangkitkan isu kapal selam dan cuba mengheret peguam negara dalam usaha mereka untuk membangkitkan isu berikutan pilihan raya ke 14 semakin hampir.
Namun usaha mereka tidak dilayan oleh peguam negara.

Kini sibuk pula dalam isu 1MDB dengan bekerjasama dengan ahli politk pembangkang dari Swiss Carlo Sommaruga untuk mendapatkan wang haram yang dibekukan oleh sebuah bank persendirian di Swiss.

Ahli Parlimen Swiss kini menggesa kerajaannya  untuk meminda undang-undang untuk memulangkan wang kononnya milik 1MDB yang berjumlah lebih daripada $ 100 juta untuk diberikan kepada rakyat Malaysia.

Bagaimana pun kerajaan Swiss tidak mempunyai punca kuasa untuk membolehkan wang yang dirampas diserahkan kembali kepada rakyat sebagaimana yang diharapkan oleh Gabriel dan Carlo.

Kempen mereka di Switzerland ialah untuk memberi  tekanan kepada parlimen untuk memulangkan wang yang dibatalkan oleh bank dalam kes 1Malaysia Development Berhad,  dengan pengubahan wang haram di beberapa negara negara termasuk Switzerland, Amerika Syarikat dan Singapura.

!MDB telah menjelaskan bahawa wang tersebut bukan lah milik mereka. Ternyata Cynthia kemaruk untuk mendapatkan wang tersebut untuk dimasukkan ke dalam NGO yang berkaitan dengan beliau.