Ahad, 1 April 2018

3 Mekanisme Jika Mansuh GST - Bank Dunia


1. Ahli Ekonomi Kanan (Kemiskinan dan Ekuiti) Bank Dunia, Kenneth Simler berkata, kerajaan pemerintah ketika itu perlu *MENAIKKAN CUKAI UNTUK RAKYAT, MENINGKATKAN KADAR DEFISIT NEGARA* atau terpaksa *MENGURANGKAN PERBELANJAAN UNTUK PEMBANGUNAN*.

2. Bagaimanapun katanya, *terdapat kemungkinan besar ketiga-tiga langkah itu harus digabungkan* supaya ia terus menjana pendapatan kepada negara.

_"Sama ada realistik atau tidak (langkah berkenaan), ia mungkin satu pendekatan drastik walaupun sebelum ini ia tidak pernah dibuat kerana Malaysia tidak ada GST tiga tahun lalu. Namun begitu, cukai ini memberi sumber pendapatan kepada kerajaan,"_ katanya dalam sesi panel perbincangan mengenai ekonomi Malaysia dan meng­ulas pembentangan Gabenor BNM. 

3. Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, GST bukan punca utama yang meningkatkan kos sara hidup rakyat di negara ini sebaliknya terdapat beberapa faktor lain terutama berkait dengan pendapatan dan peningkatan produktiviti.

4. Sementara itu, Edward Lee, _Ketua Penyelidik Serantau, Asia Tenggara Standard Chartered Bank Singapura,_ berkata ringgit dijangka mengukuh antara RM3.70 sehingga RM3.75 berbanding dolar AS pada separuh ke­dua tahun ini.

5. Mengenai kebimbangan perang dagangan antara China dan AS, beliau berkata, Malaysia hanya mengalami kesan minimum dan dijangka meraih sedikit impak positif memandangkan negara merupakan antara pengeksport utama kepada dua kuasa ekonomi dunia itu.