Khamis, 26 April 2018

Kerjasama Parti Gabungan Pembangkang Umpama 'Kahwin Kontrak' - Tunku Aziz

*JASA UPDATE*
_26 April 2018_

1. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan *kerjasama antara parti dalam gabungan pembangkang PKR ibarat sebuah perkahwinan kontrak*, yang bererti kelihatan baik semata-mata untuk mencapai kemenangan dalam PRU-14.

2. Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau berkata, sekiranya gabungan pembangkang PKR menang, pasti akan berlakunya masalah untuk membentuk kerajaan kerana setiap parti mempunyai kepentingan tertentu.

3. Malah, menurut beliau *perbezaan dasar yang ketara antara setiap parti sudah tidak dapat disembunyikan malah soal perebutan kerusi juga tidak dapat diselesaikan dengan baik* ketika ini.

_"Setiap parti dalam gabungan itu tidak pernah bersatu malah hubungan mereka ketika ini ibarat kahwin kontrak, yang mana matlamat utama untuk menang dalam PRU-14._

_"Harga yang perlu dibayar oleh DAP dalam kahwin kontrak itu adalah mengorbankan penggunaan logo roket dan sudah tentu mereka mengharapkan sesuatu yang lebih bernilai sekiranya menang kelak,"_ katanya menurut media tersebut.

4. Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz juga menegaskan hubungan akrab keempat-empat parti ini tidak akan berpanjangan kerana kontrak mereka setakat PRU-14 sekaligus memperjudikan kestabilan negara jika gabungan itu dipilih.

5. Selain dasar yang berbeza, Tunku Aziz juga mendakwa bahawa *parti juga berdepan krisis dalaman serius apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertelagah secara terbuka dengan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pembahagian kerusi di Selangor.*