Jumaat, 20 April 2018

Manifesto BN Kelantan PRU-14: Bersama Demi Kelantan



Inklusif dan adil. Itu pendekatan yang akan dibawa oleh Barisan Nasional untuk rakyat di Kelantan menerusi Manifesto BN Kelantan bagi PRU-14. Manifesto menggariskan tujuh teras utama dengan 60 tawaran yang memberi penekanan kepada semua golongan.

Jaminan BN bagi rakyat Kelantan itu ialah memartabatkan syariat dan syiar Islam, membangunkan ekonomi mapan, mengutamakan kebajikan rakyat dan memperkasa belia. Selain itu, BN juga memberi jaminan akan menambahbaik infrastruktur, melestarikan alam sekitar dan membela kaum minoriti.

Di bawah jaminan memartabatkan syariat Islam, BN akan menubuhkan Universiti Al Quran bagi melahirkan generasi hufaz professional selain mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah tahfiz model Ulul-Albab.

Bagi jaminan membangunkan ekonomi, 50,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan dan menjadikan menjadikan Kelantan sebagai pengeluar makanan. Manakala di bawah jaminan kebajikan rakyat, 20,000 unit rumah PPR dan rumah baharu bagi generasi kedua FELDA dan KESEDAR dan hospital wanita dan kanak-kanak akan dibina.

Untuk golongan belia, BN menawarkan pemberian geran tahunan kepada KAFA dan membina stadium dan kompleks sukan negeri di Machang.

#ManifestoBNKelantanPRU14
#DemiKelantan
#HebatkanNegaraku