Jumaat, 20 April 2018

Jangan Terpedaya Dengan Manifesto ‘Pak Pandir’ Pembangkang – PM

*JASA UPDATE*
_19 April 2018_

*Jangan Terpedaya Dengan Manifesto 'Pak Pandir' Pembangkang – PM*

1. Manifesto pembangkang adalah ibarat manifesto 'Pak Pandir', ujar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

2. Justeru beliau mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang pada PRU14 bulan depan termasuk manifesto pembangkang kononnya mahu menghapuskan pelaksanaan cukai GST, memansuhkan kutipan tol lebuh raya serta pinjaman PTPTN.

3. Tindakan politik bersifat populis tersebut hanya akan memusnahkan pertumbuhan ekonomi negara sekali gus menjejaskan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

4. Ujarnya, kini Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dalam keadaan kukuh dan stabil selain peningkatan pasaran modal. Begitu juga unjuran pelbagai badan ekonomi antarabangsa terhadap situasi semasa ekonomi negara.

_"Dia (pembangkang) kata mahu hapus GST, apa gerenti (jaminan) harga barang akan turun sebab ia bukan dalam kawalan kerajaan dan sebaliknya diperkenalkan pula SST yang sudah dimansuh._

_"(Langkah pembangkang itu) akan tambah harga sedia ada. Ini polisi pak pandir pembangkang yang akan bawa kesan buruk kepada ekonomi dan menjejaskan kesejahteraan rakyat, pada keseluruhannya,"_ katanya.

5. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Stadium Batu Pahat, Johor. 

6. Tambah Najib, manifesto pembangkang itu berbeza dengan manifesto BN kerana dilihat memberi manfaat selepas tiga badan penarafan asing mengulang kaji impak pertumbuhan negara sekali gus meningkatkan unjuran ekonomi.

_"Apabila saya membentangkan Manifesto BN pada malam 7 April dengan 14 tunjang dilihat memberi manfaat selepas tiga badan penarafan mendapati kadar pertumbuhan naik daripada 5.4% kepada 5.6%. Badan penarafan ini langsung tidak menyebut langsung manifesto pembangkang kerana tidak ada nilai apa yang terkandung dalam manifesto,"_ katanya.