Jumaat, 20 April 2018

Pelepasan Cukai Untuk Projek ECRL Adalah Logik!


Pakatan dilihat sengaja menggunakan isu pelepasan GST ke atas kontraktor Projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL) iaitu China Communications Construction Company (CCCC) untuk diputar belit sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat. Sedangkan jika difahami sebaik-baiknya, pelepasan itu akhirnya memberi pulangan besar kepada rakyat.

Tindakan itu adalah berpatutan memandangkan kerajaan sebagai pemilik projek pasti mahu kurangkan kos projek dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Jika GST dikenakan ke atas projek itu, sudah tentu rakyat juga terpaksa membayar harga tikel yang mahal untuk menggunakan kemudahan itu.

Itulah Pakatan, mereka akan ambil kesempatan atas apa jua keadaan. Puak mereka bukannya tiada yang cerdik pandai dalam bidang ekonomi, cuma mereka sengaja buat-buat tak faham.

#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14