Jumaat, 4 Mei 2018

Kegagalan Lim Kit Siang Ambil Tindakan Tegas Terhadap Kor Ming, Kuan Yau, Zahirkan Apa DAP Rasa?

1. Kegagalan Lim Kit Siang untuk mengawal dan mengambil tindakan tegas terhadap Nga Kor Ming dan Hew Kuan Yau yang menghina orang Melayu dipercayai kerana kedua-duanya menzahirkan apa yang DAP serta beliau sendiri rasa terhadap orang Melayu.

2. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, itu merupakan sikap parti tersebut sejak dahulu. Apa yang berlaku adalah kerana Kit Siang perlu menggunakan orang lain untuk menzahirkan apa yang parti itu dan beliau rasa terhadap orang Melayu kerana tidak mahu hilang sokongan dalam PRU14.

3. Baru-baru ini, tindakan Kit Siang dipersoalkan kerana berdiam diri apabila diminta mengulas sikap biadab Kor Ming iaitu Pengerusi DAP Perak dan Kuan Yau iaitu bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan dalam ceramah mereka yang sering dicemari kata-kata kesat dan menghina kaum lain.

4. Antara kata-kata kesat yang dilemparkan, bukan sahaja menghina warna kulit Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, malah turut mengatakan Malaysia sebuah negara 'ayam', 'guna Melayu untuk skru Melayu' dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula disifatkan sebagai penipu agama.

5. Sementara itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, ahli-ahli DAP termasuk Kit Siang adalah ahli politik yang _low class_ dan tidak profesional.

_"Kalau mereka ada class tidak akan keluar kata-kata kesat. Sepatutnya kita sebagai ayah, datuk atau pemimpin sekalipun, jika anak kita buat salah patut tegur, bukan berdiam diri. Sekarang bila PRU-14 sudah hampir, Kit Siang sudah tidak berani tegur kerana orang itu sebenarnya sudah menyokong beliau,"_ katanya.

6. Dalam pada itu, menurut anak saudara kepada bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh iaitu Dalbinder Singh, Kit Siang sebagai pemimpin DAP sepatutnya mengenakan tindakan terhadap orang bawahannya yang dilihat tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

_"DAP harus teguh pada pendirian apabila berdepan dengan tindakan ahli-ahli yang menyoal kesangsian atau keluhuran artikel yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia termasuk keistimewaan orang Melayu,"_ katanya.

_"Mendiang Karpal dalam ucapan terakhirnya di Parlimen juga telah menekankan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat,"_ katanya.

[03/05, 9:36 pm] Jasa Info: *JASA UPDATE*
_03 Mei 2018_

*Kegagalan Lim Kit Siang Ambil Tindakan Tegas Terhadap Kor Ming, Kuan Yau, Zahirkan Apa DAP Rasa?*