'Confirm' penyokong pembangkang melalak dan mendakwa polis berat sebelah apabila Tun M kini disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar kerana mereka cerita tentang pesawat yang ingin dinaikinya 27 April lalu. Kalau tengok di portal pro-pembangkang, penyokong gabungan PKR ini menggelarkan pihak berkuasa sebagai zalim dan menuduh PM Najib Razak sebagai terdesak nak menang PRU14.
Nak serang pun rujuk fakta lah. Lepas Tun M tuduh ada pihak nak sabotaj dirinya dari menghadiri penamaan calon, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menafikan tuduhan itu, disusuli syarikat penerbangan VistaJet yang kemudiannya mengatakan ia hanya masalah teknikal. Tapi Tun M tak serik, selepas drama pesawat, dia reka lagi tuduhan akan ada sabotaj untuk dirinya terbabit dengan kemalangan jalan raya.
Lepas ini kita lihatlah apa lagi tohmahan gabungan PKR dengan tindakan polis untuk siasat Tun M. Hakikatnya, perkara yang tidak ada tak perlu nak direka-reka. Nampak jelas permainan kotor puak pembangkang untuk dapatkan kuasa.
#PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah