Memang perangai sebenar Mahathir, apa-apa yang jadi 'bukan salah aku'. Satu dunia tahu yang Mahathir lah yang mendedahkan tabiat seks musuh politiknya dahulu, Anwar Ibrahim. Mahathir jangan berbohong!
Boleh sahaja google kes berkenaan, atau pun pergi sahaja youtube tengok sendiri rakaman kenyataan Mahathir sendiri yang mengakui tentang orientasi seks Anwar! Kini bila ditemu bual media antarabangsa The Guardian, Mahathir buat lagi pusingan U!
Bila ditanya adakah Mahathir masih percaya Anwar seorang gay, Mahathir tidak menjawab soalan itu. Sebaliknya mendakwa "itulah apa yang dikatakan polis kepada saya". Soalan senang sahaja. Ya atau tidak. Tetapi Mahathir salahkan polis pula!
Mahathir sudah betul-betul terdesak mahukan kuasa politik untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi. Habis semua yang pernah dikatakan Mahathir sebelum ini, semuanya Mahathir buat pusingan U dan menyalahkan orang lain. Silap hari bulan, rakyat pula yang dipersalahkan jika Pakatan kalah PRU ini nanti!
#TsunamiPHFitnah
#PakatanProDAP