DAP mendakwa bahawa SPR telah mengeluarkan arahan untuk menggunting gambar Tun Mahathir pada papan iklan kempen Pakatan Hararapan/PKR di Ayer Hitam, Johor.
PENJELASAN
Menurut Liew Chin Tong, Calon PKR Parlimen Ayer Hitam, SPR telah mengeluarkan arahan untuk menggunting gambar Tun Mahathir daripada papan iklan kempen pilihan raya. Itu adalah tidak benar.
Kerana, menurut rakaman video ketika SPR ingin merobohkan papan iklan tersebut kerana melanggar peraturan, Liew Chin Tong telah berbincang dengan petugas SPR. Menurut Liew Chin Tong, sekiranya papan iklan itu terpaksa dirobohkan, lebih baik SPR gunting gambar Tun Mahathir.
Kemudian, Liew Chin Tong dan Pakatan Harapan menjadikan isu SPR menggunting gambar Tun Mahathir sebagai kempen untuk memburukkan nama SPR, kononnya SPR mengeluarkan arahan tersebut.
Para pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu sebelum menularkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara dan boleh dikenakan tindakan melalui Akta Berita Anti tidak benar 2018.