Jumaat, 9 November 2018

LIVE LAPORAN POLIS KEATAS FARID KAMIL KERANA MELANGGAR AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH


Oleh : Dato' Lokman Noor bin Adam
8hb November, 2018

Saya membuat laporan polis ini bagi pihak Dato' Lokman Noor bin Adam, Mantan Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan Malaysia.  Laporan polis ini dibuat untuk melaporkan salalaku Dato Farid Kamil, Seorang Artis Pro Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Hari ini 8hb November, 2018, dalam sebuah video yang dimuat naik dalam youtube MyFokus Online https://youtu.be/5eZYiX2kUGU , semasa Program TV Al Hijrah jam 10 malam semalam, berjudul "Nak jadi Artis ke Nak jadi Ahli Politik?",
Farid Kamil telah membuat kenyataan bahawa beliau telah cuba dirasuah sebanyak Lima Juta Ringgit oleh pihak kerajaan (Iaitu Kerajaan BN yang berkuasa sebelum 9hb Mei, 2018) bagi memaafkan Dato Sri Najib Razak dan Datin Sri Paduka Rosmah Mansor.

Berdasarkan kenyataan beliau ini,  jelas terbukti, Farid Kamil telah gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya.  Kegagalan beliau melaporkan perkara yang berlaku lebih setengah tahun lalu merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 25 (1) dan (2)  Akta SPRM 2009.  Sekiranya disabitkan bersalah, Farid boleh didenda tidak lebih RM100,000  atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tidak ada sebab mengapa Farid Kamil tidak melapurkan perbuatan tersebut melainkan kenyataan tersebut direka bagi merosakkan imej Mantan Perdana Menteri dan Isteri beliau.  Tiada timbul istilah takut kerana akta perlindungan saksi wujud ketika kejadian dikatakan berlaku dan dia boleh memohon perlindungan saksi.

Dalam masa yang sama, saya juga membuat laporan ini kerana saya mengesyaki Farid Kamil telah menipu di dalam video tersebut kerana ianya jelas bercanggah dengan video terdahulu.  Dalam sebuah lagi video yang dimuat naik dalam youtube : https://youtu.be/n8FE21rY_U8 , Farid Kamil dalam Youtube MyStar Online itu telah mengatakan bahawa beliau telah dianiaya oleh dua individu daripada sebuah pertubuhan kongsi gelap yang telah menuba dirinya.  Kenapa kini, setelah Dato Sri Najib tidak lagi berkuasa, Farid Kamil menuduh Dato Sri Najib dan Datin Sri Rosmah pula yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku terhadap dirinya.  Perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis supaya rakyat mengetahui kenyataan mana yang benar.

Sungguhpun idola beliau, Tun Mahathir telah menukar Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bagi memastikan kes-kes yang melibatkan penyokong Pakatan Harapan digugurkan dan kes-kes yang melibatkan Pimpinan UMNO dilakukan pendakwaan, sebagai seorang artis dan individu bergelar "Dato", Farid tidak boleh sewenang-wenangnya melontarkan fitnah dan mereka cerita yang tidak wujud.  Jika Farid tidak menipu, sudah pasti beliau telah melaporkan cubaan merasuah ini kepada pihak SPRM lebih 6 bulan yang lalu dan mendedahkan nama Pegawai Kerajaan yang telah cuba merasuah beliau bagi pihak Mantan Perdana Menteri dan Isterinya.

Saya mohon pihak polis menyiasat dan mengambil sampel "urine" Farid Kamil pada kadar segera kerana saya yakin, perubahan tutur bicara dan ketidakstabilan jiwa beliau kini adalah kerana beliau masih mengambil dadah secara berlebihan.

Lokman Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru
0123320000

Hanya satu saluran penyaluran maklumat akan saya gunakan untuk mengelakkan sabotaj musuh.  Sila minta semua teman-teman seperjuangan kita download Telegram dan tekan join di link dibawah :

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dan Salam 1 Malaysia

PEMANTAU KINI 08/11/2018

SKIM FUNDMYHOME BANTU RAKYAT ATAU PEMAJU?

KERAJAAN TIDAK CUKUP WANG BAYAR HUTANG – NAJIB

SEMBANG SANTAI ISU SEMASA BERSAMA LOKMAN ADAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan