Ahad, 17 Februari 2019

Wahai sekelian warga Melayu bacalah tulisan ini tentang KEKEJAMAN MOF terhadap Umat Islam:-



Beberapa tahun dahulu, kerajaan BN dan saya telah difitnah bahawa kita mahu merompak Tabung Haji (TH) dengan penjualan tanah TRX ini dari 1MDB kepada TH.

Propaganda PH masa itu mendakwa TH telah terlebih bayar untuk tanah ini dan wang TH telah digunakan oleh kita untuk "bail-out" 1MDB.

Walaupun kita menjelaskan bahawa pembelian ini akan menguntungkan TH dan pembelian ini dibuat berdasarkan keputusan dan penilaian panel pelaburan TH, ramai tidak percaya dan PH berjaya menghasut orangramai sehingga ramai yang marah dengan saya.

Alhamdulillah. 

Akhirnya, hasutan PH masa itu telah dibuktikan sebagai satu lagi fitnah terhadap saya dan BN. 

Bulan lepas, kerajaan PH mengesahkan TH sudah jual tanah TRX mereka kepada Kementerian Kewangan.

15 Jan 2019: TH completes disposal of TRX land at a premium

Tetapi Kerajaan PH tidak berani mengumumkan harga jualan sebenar dan hanya kata ianya hanya memberi sedikit keuntungan kepada TH.

Saya syaki harga jualan dari TH kepada kementerian kewangan adalah rendah berbanding nilai semasa dan tidak memberi keuntungan yang berpatutan kepada TH.

Beberapa hari dahulu, Menteri Kewangan sendiri kata projek TRX antara aset negara yang terbaik. 

12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia's best assets

Kalau TRX ialah antara aset terbaik negara, mengapa TH dipaksakan untuk menjual tanah ini bulan lepas?

Harga asal dibayar oleh TH untuk beli tanah ini ialah RM188.5 juta pada tahun 2015.

Semasa membeli tanah ini, TH umumkan bahawa anak syarikat mereka iaitu syarikat pembinaan milik TH iaitu TH Property Sdn Bhd akan membangunkan hartanah tersebut dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM900 juta dan memberi keuntunggan beratus juta kepada TH.

Kini, tanah sudah jual.

TH Property Sdn Bhd tidak lagi terlibat dengan projek pembangunan ini 

Sebaliknya, syarikat SPV Menteri Kewangan yang akan membangunkan projek ini dengan sendiri ataupun secara usahasama dengan syarikat lain yang mungkin akan dari pihak swasta.

Syarikat mana dan siapa yang akan menjadi rakan usahasama kepada SPV ini?

Yang patut meraih nilai RM900 juta dan keuntunggan beratus juta untuk tanah TRX ini sepatutnya TH tetapi kini untung ini akan dikaut oleh pihak lain.

Najib Razak