Isnin, 4 Mac 2019

Alkisah memanda menteri dulu2

Untuk Makluman Rakyat Malaysia--

Pada 1981 ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri hutang Kerajaan Malaysia ialah RM23 bilion. Apabila beliau berhenti pada 2003, hutang kerajaan Malaysia ialah RM 188 bilion.

Ini berlaku di sebalik segala dasar penswastaan (penjualan) syarikat kerajaan seperti TNB, MAS, Perwaja dll. Mahathir juga mengalihkan perbelanjaan kerajaan kepada swasta untuk pembinaan infra seperti Lebuh raya, LRT, Monorail dan ERL.

Mengapa hutang kerajaan meningkat lagi zaman Najib Razak?

Apabila Najib Razak mengambil alih kerajaan, hutang yang ada ialah RM356 Bilion. Beliau bukan sahaja mewarisi hutang Mahathir dan tetapi juga Abdulah Ahmad Badawi.

Anda mungkin tidak sedari bahawa berpuluh bilion telah dibelanjakan oleh Perdana Menteri Abdullah untuk menyelamatkan STAR LRT, Putra LRT, Monorail & Bas Intrakota. Abdullah juga melaksanakan projek "landasan berkembar" yang sebelum ini diberi kepada kroni Mahathir.

Apabila Najib Razak juga perlu membina infra baharu bagi meningkatkan ekonomi negara terutama di kawasabn yang diabaikan oleh Mahathir selama 22 tahun seperti Sabah, Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung. Ini membabitkan kos lebih RM100 bilion dengan pembinaan Pan Borneo, ECRL, dan lain-lain peningkatan prasarana.

Najib Razak juga menghapuskan sebahagian tol peninggalan Mahathir, membina beberapa lebuh raya tanpa tol, membina jaringan pengangkutan mega seperti MRT dan ECRL tanpa penswastaan dan merombak perjanjian IPP yang berat sebelah.

Ini semua dilakukan membabitkan kos beratus bilion ringgit dalam bentuk hutang kerajaan.

Punca hutang kerajaan hari ini jelas melalui projek-projek mega berimpak tinggi dilakukan sendiri oleh Kerajaan.

Hutang kerajaan zaman Najib hanya meningkat sekali ganda dari zaman Pak Lah. Namun hutang kerajaan yang Mahathir tinggalkan hampir 6 kali ganda dari zaman Hussien Onn.

Masalah zaman Mahathir, di sebalik penjualan syarikat kerajaan kepada swasta, dan pelaksanaan projek pengangkutan oleh swasta, mengapa hutang kerajaan meningkat sehingga RM188 bilion?

Melucukan apabila ada hati orang2 Gila #Pakatanharapan dakwa #Mahathir mampu mengurangkan hutang kerajaan tanpa menjejaskan pembangunan negara.