Khamis, 12 Mac 2020

TUN MAHATHIR PERDAYAKAN SAYA UNTUK PERCAYA DATO SERI NAJIB CURI RM2.6 BILLION



Hari ini saya menulis tentang perbicaraan mahkamah semalam. 

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad tampil sebagai saksi ke 15. 

Menurut Zulkifli, SPRM telah menerima kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC yang diberikan oleh peguam negara ketika itu, Tan Sri Apandi Ali pada awal Januari 2016. 

Tan Sri Zulkifli kemudian menubuhkan sebuah pasukan khas Jabatan Peguam dan juga SPRM untuk menyiasat secara mendalam dapatan dari kertas siasatan awal tadi.

Siasatan tersebut menjurus kepada dua perkara utama:

1.  adakah benar penyewelengan dilakukan oleh Najib selain daripada mengkaji sejauh mana beliau mengetahui tentang skandal ini?

2. adakah Najib sedar wang sebanyak itu masuk ke dalam akuan peribadinya juga adakah beliau sendiri telah memberikan arahan untuk perkara sedemikian?

Pasukan Khas ini telah menyiasat Dato Seri Najib, keluarga diraja Arab Saudi, Jho Low juga beberapa individu lain dikaitkan dengan skandal ini.

Senada dengan 2 pengawai penyiasat SPRM yang dipanggil sebagai saksi ke mahkamah sebelum ini, Tan Sri Zulkifli menberitahu mahkamah bahawa beliau berpuas hati dengan hasil siasatan yang telah membuktikan RM2.6 billion tersebut datang dari keluarga DiRaja Arab Saudi sendiri. 

Soalan saya, kenapa Tun Mahathir tipu saya bahawa Dato Seri Najib telah curi RM2.6 billion dari 1MDB?

Tun Mahathir telah meyakinkan saya bahawa orang Arab tak bagi derma banyak kerana mereka kedekut. 

Tun Mahathir beritahu saya dia pernah minta derma dari Arab Saudi untuk bina perpustakaan UIA, sebaliknya mereka hanya beri beberapa buah buku sahaja. 

Tun Mahathir juga perdayakan saya bahawa tiada sesiapa pun di dunia ini yang akan pulangkan derma. 

Jika begitu kenapa Dato Seri Najib didakwa kerana memulangkan derma? 

Persoalan paling penting, kenapa saya diperdaya untuk mempercayai semua pembohongan Tun Mahathir ini? 

Ya saya diperdaya oleh Tun Mahathir, tapi takdir Allah akhirnya Tun Mahathir terpedaya dengan dirinya sendiri apabila meletak jawatan PM7 tanpa diminta oleh sesiapa. 

Allah maha pembalas.

Saya yakin balasan Allah akan menimpa beberapa lagi individu lain yang terlibat. 

Saya yakin tiada sesiapa pun yang dapat lari dari balasan Allah meski dia manusia paling berkuasa di Malaysia.

Takdir Allah akan mengejarnya dan ianya akan sampai pada saat dan ketika yang paling tidak disangka-sangka. 

Mohon maaflah pada Dato Seri Najib jika yang terlibat itu ada membaca tulisan saya ini. 

Saya tahu siapa anda tapi Allah lebih mengetahui bagaimana dan bila Dia akan membalas kejahatan anda. 

https://malaysiagazette.com/2020/03/10/siasatan-sprm-

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/10/macc-could-not-find-evidence-that-najib-knew-about-src-money-in-his-account-dzulkifli-tells-court