Sabtu, 7 Mac 2020

NAJIB DEDAH KENAPA MAHATHIR AMAT MEMBENCINYA



SETELAH sekian lama berdiam diri akhirnya bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membuka mulut mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah beliau mendedahkan mengapa Mahathir amat membencinya sampai sanggup menuduhnya sebagai pembunuh dan penyangak.

Menurut Najib, kisah bermula apabila beliau tidak menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berhasrat untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO pada akhir 2013.

Beliau tidak menyokong Mukhriz sebagai naib presiden parti kerana baharu sahaja melantik anak Mahathir itu sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berpendapat, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu perlu meraih sebanyak mungkin pengalaman terlebih dahulu.

Malah beliau sendiri mengambil masa selama lima tahun sebelum dapat memasuki kerajaan Persekutuan manakala Mukhriz pula tidak pernah mempunyai pengalaman  dalam pentadbiran dan hanya dilantik sebagai timbalan menteri sahaja.

“Selama ini saya bertahan. Saya cuba untuk tutup mulut kerana saya masih menghormati dia (Mahathir). Budaya kita ajar kita untuk menghormati orang tua.

“Lebih-lebih lagi, saya tidak boleh menafikan bahawa dia pernah berjasa kepada saya kerana dia pernah menyokong saya menjadi perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Selain itu, Mahathir juga marah kepada Najib dalam isu Malaysia Airlines di mana bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu mahu (MAS) diswastakan dan dijual kepada seorang ahli perniagaan yang rapat dengannya.

Satu lagi isu yang menimbulkan kemarahan Mahathir adalah kegagalan Najib menghidupkan projek jambatan bengkok.

Jelas Najib, beliau telah cuba menghidupkan kembali projek berkenaan tetapi ditolak oleh kerajaan negeri Johor dan Singapura

“Jika negara Singapura tak mahu, apa yang kita boleh buat? Takkan kita nak berperang dengan mereka atau bergaduh dengan negara jiran selama berpuluh tahun kerana satu jambatan bengkok?

“Kita perlukan persetujuan dari mereka jika mahu bina jambatan baru.

“Selepas PRU-14, kerajaan PH semasa dia PM7 pun pernah menghidupkan semula projek jambatan bengkok ini dan sekali lagi PM7 tidak berjaya,” katanya lagi.

Mahathir juga menurut Najib tidak setuju dengan tindakannya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggantikannya dengan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala Undang-Undang Buang Negara digantikan dengan POTA dan POCA yang lebih adil.

Tambah Najib, Mahathir juga memarahnya kerana menolak permohonan kereta nasional itu untuk mendapatkan geran percuma bernilai RM3 bilion daripada kerajaan.

“Pada masa itu, ianya sukar untuk kerajaan BN dulu memberi geran percuma begitu besar kepada sebuah syarikat yang sudahpun 100 peratus milik swasta.

“Lagipun, pendapat kita ialah jikapun kita memberi geran begitu besar ianya masih sukar untuk Proton untuk menjadi kompetitif tanpa rakan niaga dan tekonologi baru kerana pasaran tempatan terlalu kecil.

“Setelah geran ini ditolak sekali lagi, PM ke-4 pun umum tarik sokongan kepada saya pada bulan Ogos 2014,” katanya lagi.

Kerajaan BN bagaimanapun tetap meluluskan geran bernilai RM1.7 bilion kepada Proton.

Hasrat Najib untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dengan menaikkan kadar gaji minimum juga tentangan Mahathir yang berpendapat, ia hanya akan meningkatkan kos kepada kilang dan pelabur.

Sedangkan beliau mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang kompetitif berdasarkan inovasi dan produktiviti dan bukannya kerana kos rendah, kata Najib.

“Selepas dia tarik sokongan terhadap saya pada bulan Ogos 2014, dia mula mengambil langkah untuk menjatuhkan saya sebagai PM kerana dia mahu seorang PM yang akan patuh 100 peratus kepada kehendak dia dan kawan-kawan dia.

“Lalu pada awal tahun 2015, PM ke-4 pun bertemu dengan Clare Brown di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menggunakan isu 1MDB untuk menyerang saya.

“Dengan pertolongan dari ketua-ketua institusi negara yang dilantik semasa dia PM ke-4, dia akhirnya berjaya menjatuhkan saya sebagai PM. (Lalu, ketua-ketua institusi ini dilantik ke jawatan-jawatan lumayan di bawah kerajaan PH)

“Itulah kisah benar apa yang pernah berlaku tanpa sebarang fitnah. Selebihnya adalah sejarah,” katanya lagi.

#MediaUMNOWangsaMaju
#TeamShafei
#MelayuBangkit
#MuafakatNasional

1 ulasan:

  1. Yalah. Najib lelaki mulia, sesuci embun pagi. Elok bebaskan dia daripada semua tuduhan mahkamah ciptaan Mahadir. Segala apa yg Najib buat, semuanya untuk bangsa dan negara.

    Lihat Felda saja dah cukup. Dia berjaya membangunkannya jadi syarikat paling besar dan kaya di dunia. Peneroka Felda patut sujud syukur di atas kebijaksanaan Najib. Mana ada syarikat lain segah Felda ?Daripada sebuah agensi cukup makan, menjadi sebuah syarikat multi nasional terkaya di dunia. Setiap penerokanya kini kaya raya.

    Bininya Rosmah pulak, perempuan paling zuhud di akhir zaman. Lihat sahaja pakaian,perhiasan dan tingkah lakunya. Gambaran seorang muslimah,berhemah. Seorang wanita mulia yg rendah diri. Patuh perintah Allah dan hormat suami. Dialah ikon, isteri mithali kpd semua wanita di dunia.

    Najib dah buat yang paling terbaik untuk rakyat Malaysia. Hutang 1MDB satu trillion tu, semua kerja mahafiron, Mahadir. Tidak pandai meniaga,ada hati nak tubuh syarikat besar, macam 1MDB. Akhirnya jadi perniagaan buluh kasap, membebankan hutang kpd rakyat dan negara. Lepas tu, tuduh Najib pulak. Puiii..!

    Perangai Tun Mahadir memang teruk. Lihat bininya, Dr.Hasmah dah cukup. Bukan je bersalut intan berlian dan beg tangan dan jam mewah, bahkan mendesak semua projek negara mesti beri dia sekurang-kurangnya 15%.

    Lihat pula majlis perkahwinan anak-anak Mahadir, semua gah. Beli bunga je dah rm3 juta. Barang hantaran mewah, bertroli-troli. Bila dia disingkirkan, duit dan intan berlian, siap ada berbelas crown berlian, tersorok di beberapa apartmen mewahnya. Buruknya perangai Mahadir menuduh Najib.

    Dahlah menyamun duit rakyat, tuduh pulak orang baik dan mulia macam Najib,membuatnya. Sedangkan Najib patutnya diberi hadiah Novel, Perdana Menteri terbaik seluruh univers.

    Sah, Najiblah pemimpin terbaik yg pernah Malaysia ada. Dunia patut mengiktiraf segala kerjanya. Sesudah Najib, kita takkan ada pemimpin sepintarnya lagi.

    Hidup Najib!!!

    BalasPadam