Isnin, 2 Mac 2020

Kenangan semasa Tun Abdullah Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri ke 5.

Selepas Pak Lah angkat sumpah PM5, pak lah balik ke kepala batas utk berbuka puasa dan menghadiri majlis kesyukuran.

Ratusan ribu rakyat menyambut Pak Lah di Airport Bayan Lepas. Konvoi kereta dan motorsikal besar dan kecil mengiringi Pak Lah hingga ke Bertam.

Aku dan beberapa orang geng moto dijemput oleh kelab2 motorcycle dari pulau pinang untuk memeriahkan suasana.  Walaupun pun bulan puasa kami tidak menolak jemputan.  Sampai saja di bertam kami berbuka puasa di masjid jamek dan selesai solat maghrib baru kami balik Taiping.

Bila pak lah buat majlis sambutan hari raya Aidilfitri, ratusan ribu rakyat berkunjung ke Bertam.

Begitulah harapan rakyat yang begitu gembira menerima perdana menteri baru, selepas 22 tahun dibawah perdana menteri yg dikenali sebagai maha firaun dan mahazalim.

Kegembiraan rakyat pelbagai kaum telah dizahirkan dalam PRU 2004. Barisan Nasional menang besar

Sayangnya. Tak lama kemudian wujud lah jentera cyber yg digembling untuk menjatuhkan Pak Lah.

Jentera cyber tersebut berjaya dalam misi dan visi mereka dan pada PRU 2008 bukan pak lah yg tewas tetapi BN yg hilang 5 buah negeri, tumbang kepada pakatan rakyat ketika itu. Pakatan rakyat yg dikuasai oleh Dap, PKR, PAS dll parti kecik.

Justeru, pak lah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan Perdana Menteri dan menyerahkan tugas kepada kepada Dato Seri Najib Razak.

Najib cuba membawa perubahan dalam UMNO, apa yg dilakukannya ialah meminda beberapa perkara dalam perlembagaan Umno. Maka seluruh 191 bahagian Umno telah mengadakan Mesyuarat agung khas untuk pindaan dan 100 peratus bersetuju dengan pindaan tersebut.

Kehadiran Najib memberikan suasana baru dalam politik dan pentadbiran baru kerajaan beliau. Rakyat luar bandar dan urban semakin gembira dibawah pentadbiran beliau. Macam2 yang beliau perkenalan untuk meningkatkan pendapatan negara.

FDI semakin banyak masuk, nilai ringgit semakin mengukuh, bukan senang naik bagi naik nilai ringgit selepas bertahun tahun matawang ringgit hilang dari pasaran matawang dunia.

Tiada cacat cela nya pentadbiran Najib, tetapi tidak pada mata Dap, PKR dan Mahathir.

Mahathir sekali lagi menjadikan Najib sasaran beliau seperti mana yang diterima oleh Pak Lah.

Mahathir mula menghasut Muhyiddin utk menjatuhkan Najib dalam pemilihan Umno. Sayang Muhyiddin tidak sanggup menerima cadangan Mahathir.

Mahathir gagal menjatuhkan Najib melalui institusi Umno. Akhirnya Mahathir mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno pada 2015.

Bermulalah dengan gerakan di Kpg Baru, Kinta Riverfront Ipoh, Mahathir mula membina kekuatan dengan penyertaan Dato Hamidah Osman mantan Exco Perak.

Ramai ahli NGO Perkasa yg ingin membina kerjaya politik turut memihak dan menyokong Mahathir.
Begitulah mudah nya jiwa Melayu dibeli setelah dibelai untuk memenangi hati mereka. Cuma yg pelik pengasas pengasas Perkasa seorang pun tidak menyokong Mahathir? 

Akhiran nya wujud lah satu lagi parti Melayu yang dikenali sebagai PPBM.
Sayang nya parti serpihan Umno ini telah bersekongkol dengan Dap.

Manakala Pas pula meninggalkan pakatan rakyat kerana muak dengan sikap rasis dan chauvinist Dap.

Tan Sri Muhyiddin yg berjawatan Presiden parti PPBM sepatutnya menjadi Perdana Menteri ketujuh selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN tetapi pengerusi yg naik. Tak ker pelik.

Tu lah kata Allah. Kita merancang Allah juga merancang.  Akhirnya runtuh dengan kesilapan sendiri..

Oleh kerana tamak haloba pemimpin pakatan harapan antara Anwa Ibrahim dan Mahathir menyebabkan,  si tua menjadi kelam, akibat secara sedar atau tanpa sedar beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri. Dalam hati nya mungkin dengan tindakan nya meletakkan jawatan dan keluar pakatan harapan akan menyebabkan Anwar Ibrahim gagal untuk merampas jawatan Perdana Menteri seperti yang telah dijanjikan oleh Mahathir.

Rupanya salah strategy. Hari ini terima padah. Salah satu punca ialah wujudnya kerajaan campuran in adalah impak daripada Kongress Maruah Melayu anjuran beberapa ahli2 bekas Umno yg berada dalam kem Mahathir. 

MP Larut Dato Hamzah Zainuddin, MP Mersing Dato Dr Abdul Latif dll berjaya mewujudkan senario politik baru dalam kem Mahathir. 

Hari ini kita buka lembaran baru. Tan Sri Muhyiddin telah di angkat menjadi Perdana Menteri kelapan.  Kepada Tun Dr Mahathir hormatilah politik kita, jangan lah kacau Muhyiddin seperti yg dilakukan ke atas Pak Lah dan Najib.

Sekian..