Rabu, 29 Julai 2020

BERSATU BERPRINSIP ATAU BUNGA SEBELAH HITAM AKAN BERTANDING DI #PRKSlim


Tun Dr Mahathir daripada Bunga Sebelah Hitam atau Bunga Blackout menyatakan mereka akan bertanding dalam PRK Dun Slim bulan hadapan.

Malaysiakini - Penyokong Dr M lancar kempen Bersatu 'blackout'Keputusan untuk bertanding telah dicapai dalam mesyuarat bersama kepimpinan PH malam tadi. PH juga akan membentuk satu pakatan baru.  Kumpulan Bunga Hitam Sebelah adalah terdiri daripada mereka yang dipecat oleh PPBM ialah Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Sharuddin Salleh (Sri Gading).

Dalam PRU 14 yang lalu Allahyarham Dato Khusairi Abdul Talib (59) Sebagai Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim menang dengan undi sebanyak 8,327 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Mohd Amran Ibrahim dari Bersatu (6144) dan Muhammad Zulfadli Zainal dari Pas (4103)

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata mereka yang mahu menggunakan logo parti itu perlu mendapatkan kebenaran daripada pucuk pimpinan parti. "Kalau tak ada kebenaran menggunakan logo parti mereka tak boleh gunakan," kata Hamzah

Persoalannya adakah Hamzah Zainuddin akan bersekutu dengan mereka yang telah dipecat dari parti atau PPBM sendiri akan bertanding?