Jumaat, 31 Julai 2020

RIBUT DI NEGERI DI BAWAH BAYU REDA BUAT SEKETIKA

Sehari dua yang lalu kecoh apabila mantan Ketua Menteri Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman (69 tahun) mengumumkan beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih kerajaan negeri daripada parti Warisan pimpinan Shafie Apdal.

Musa Aman berjaya mengumpul 34 Surat akuan sumpah (SD) daripada 34 adun yang bersedia untuk menukar kerajaan yang ada.  Surat akuan sumpah (SD) itu kata Musa adalah atas kehendak TYT sebagai bukti cukup kerusi.

Zaman dulu-dulu iaitu zaman Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, sekiranya berlaku kemelut politik dalaman semua akan berhimpun di istana. Hari ini hanya perlu menyediakan SD sahaja. LOL

Di sebelah pihak Shafie Apdal pula menyatakan beliau mempunyai 45 adun yang setia dan tidak akan melompat untuk menyokong Musa Aman

Kekalutan dua hari lepas menyebabkan stesen tv Astro Awani membuat liputan khas sehingga ke lewat malam, kerajaan Shafie Apdal goyang seperti kapal yang hampir karam di lautan bergelora. 

Timbalan Presiden Warisan Darrell Leiking pula mengeluarkan kenyataan bahawa Warisan akan mengadap TYT untuk buat snap election. 

Desas desus tersebut boleh diterima kerana sejak semalam pintu istana TYT ditutup dan pihak Musa Aman tidak dibenarkan masuk sehingga hari ini. 

Tiba-tiba Shafie Apdal menunjukkan warta kerajaan negeri yang ditandatangani oleh TYT untuk membubarkan kerajaan negeri yang baru berusia 27 bulan.

Oleh yang demikian debaran dan kekalutan kembali tenang dengan campur tangan istana yang memihak kepada cadangan Darrel Leiking supaya diadakan Pilihanraya negeri. 

Shafie Apdal boleh menarik nafas lega buat seketika, kerana peluang Musa Aman untuk mengadap TYT telah tertutup rapat, Hari ini rombongan Musa Aman untuk ke istana TYT gagal  kerana pintu pagar utama ditutup rapat.

Peluang Musa Aman untuk mengambil semula pentadbiran kerajaan Sabah kini terbuka luas secara demokrasi adil dan saksama. Snap election menjadi ukuran sebenar kekuatan Musa Aman dan Shafie Apdal.  Orang Sabah pun sudah pandai buat lawak.  "Nak pilih yang mana? Yang Aman atau Yang Afdal"? Semuanya akan terjawab dalam masa 60 hari dari hari ini. 

Adakah ini snap election yang pertama dalam sejarah negara? 

Apa pun saya sangat bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh YDPA yang menubuhkan kerajaan Pintu Istana pada Mac lepas . Secara logiknya jika dibuat snap election selepas 22 bulan, ia melibatkan kewangan negara yang besar akan dihabiskan untuk memilih kerajaan sahaja.  

Di Sabah, sepatutnya TYT mencontohi YDPA dengan membentuk kerajaan baru tanpa adanya pilihanraya atau snap election.

Jika dibuat PRN ia melibatkan perbelanjaan yang amat besar tambahan lagi negara yang sedang dilanda krisis Covid-19,

Jika perkara ini dipertimbangkan secara mendalam snap election tidak perlu di adakan tambahan lagi negeri Sabah masih belum bebas kes Covid-19.  Jadi apa guna mengadakan snap election walaupun ianya tertulis dalam warta kerajaan.

Boleh kah Majlis Raja-Raja memberi nasihat agar snap election ini dibatalkan. adalah tidak wayar kerana konflik dua pihak ini turut mengheret rakyat untuk keluar mengundi setelah 27 bulan kerajaan terbentuk.

sekian.