Ahad, 20 April 2008

Pencen 60 tahun

Pencen bagi kakitangan kerajaan di Malaysia amat sesuai pada usia 60 tahun. dan bersara secara pilihan ialah 50 tahun ke atas.

Zaman sudah berubah. Kalau dahulu rakyat yang sudah tamat alam persekolahan selepas SRP/LCE pun boleh menjadi kerani tanpa SPM. kemudian selepas beberapa tahun sijil SPR/LCE tidak lagi laku untuk mencari pekerjaan. SPM/MCE mengambil tempat, musim berubah lagi hanya SPM sahaja yang berpeluang mengisi kekosongan jawatan awam.

Kini pemilik SPM hanya layak bekerja di sektor swasta sebagai pekerja bawahan. Pada pemilik ijazah pertama mereka sangat beruntung kerana mudah untuk dapat menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Musim berubah lagi, Saban tahun kita dengar masalah graduan universiti menganggur. jika ada ruang mereka dapat menjawat jawatan dalam usia yang sudah lewat, ada yang 30an baru mendapat pekerjaan di sektor awam.

Oleh itu wujud trend baru..,pelajar enggan keluar untuk mencari kerja dengan ijazah pertama, maka mereka berusaha untuk menyelesaikan ijazah kedua ataupun ijazah kedoktoran, baru mereka selesa untuk keluar mencari pekerjaan.

Pada masa itu usia mereka sudah pun lewat dan mungkin sudah berusia 30 tahun. Jika mereka mula pekerjaan dengan kerajaan mereka hanya ada 25 tahun sahaja untuk berkhidmat dan terus bersara. Ini amat berbeza dengan penjawat awam yang memulakan perkhidmatan mereka selepas SPR atau SPM. mereka kadangkala berkhidmat sehingga 36 tahun sebelum bersara. jangka masa 33 tahun adalah perkara biasa, Ini amat merugikan pada golongan profesyenal yang menghabiskan masa di universiti sehingga mencecah usia lewat 2oan.

Oleh itu saya sangat-sangat mengalu kan cadangan supaya kakitangan awam dilanjutkan usia persaraan kepada 60. Yang pasti ia menguntungkan kerajaan dan kakitangan awam.

Kepada yang berkhidmat seawal 20an sudah tentu mereka tak sanggup untuk tunggu sehingga usia 60.