Isnin, 21 Julai 2008

Banjir di Taiping

Dalam bulan ini sudah 2 kali berlaku banjir besar di sekitar bandar.Apakah puncanya? Ada seorang makcik berkata. dia sudah tinggal di situ lebih 20 tahun dan tak pernah mengalami banjir.

Fenomena hujan yang lebat dan berlarutan hingga beberapa jam menjadi penyebab utama. Pembangunan perumahan dan bandar-bandar baru juga menjadikan sistem peparitan semakin tak mampu untuk menerima limpahan air yang banyak.

Dua batang sungai iaitu Sungai Batu Teguh dan Sungai Tupai sudah terlalu cetek dan sempit. Punca kedua adalah pembinaan landasan rel berkembar. Kerja-kerja menambak tanah telah menyekat aliran air semasa hari hujan.

SK Changkat Larut adalah salah satu sekolah yang teruk dilanda air besar ini.Pihak bomba telah dipanggil untuk kerja-kerja pembersihan.

Diharapkan JPS, MPT dan Pejabat Daerah dan pihak pemaju perumahan dapat duduk semeja dan membincang soal ini.

Penduduk yang membeli rumah disekitar taman taman perumahan sudah hilang selera untuk terus menetap di kawasan dan ada yang sudah merancang untuk menjualkan nya.