Isnin, 21 Julai 2008

Nik Aziz takut rahsia pembohongan pecah

Nik Aziz anggap muzakarah boleh pecah-belahkan Pas

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu pemimpin parti itu menghentikan segera usaha mengadakan muzakarah dengan Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan ahli parti dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“Saya menolak muzakarah. Saya minta pemimpin dan ahli Pas menghentikan kerja ini (muzakarah) dan menumpukan kepada perkara lain.

"Saya tidak gembira dengan kenyataan kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Umno)," katanya di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, isu muzakarah hanya menimbulkan kemarahan ahli Pas serta rakan dalam Pakatan Rakyat yang boleh menyebabkan Pas dipencilkan.

Sehubungan itu, beliau mahu Abdul Hadi menghentikan segera usaha ke arah muzakarah kerana muktamar Pas sudah hampir tiba.

Sama ada perkembangan mutakhir menunjukkan hubungan beliau dengan Abdul Hadi tiada persefahaman, beliau bagaimanapun menafikannya.

Pas amat takut pengikutnya lari meninggalkan Pas. Tokoh-tokoh Pas kebanyakannya sudah tua dan ramai yang sudah melepasi usia Nabi Muhammad SAW dan mereka ini menunggu saat-saat berakhirnya riwayat hidup mereka. Di Kelantan selepas Ketiadaan Nik Aziz nanti kekuatan pengikut Pas sudah pasti akan berkurangan. begitu juga di Terengganu.

Pas dari golongan tua takut pemikiran pengikut muda mereka terpengaruh dengan cara politik dan pemikiran UMNO. Fasafah UMNO ialah menggunakan politik untuk membangunkan Islam. dan ini amat disangkal oleh PAS yang telah melebalkan UMNO sebagai assaabiyah, sekular dan tidak Islam.

Pas megganggap mereka lebih Islam dan mereka ingin menjadikan Quran dan hadis sebagai dasar perjuangan mereka. Negara Islam cita-cita mereka. Hukum hudud adalah perlaksaan mereka. Ulama dan Umarak adlah rujukan mereka. (hanya dari kalangan Pas dan bukan dari Ulamak dan Umarak fahaman UMNO.)

Pas menafikan segala rencana UMNO dalam meningkatkan syiar Islam. mereka pernah berkata di Thailand , India dan Eropah pun ada masjid tetapi kerajaan mereka tidak Islam. sama juga di Malaysia ada semua tetapi kerajaan UMNO tidak Islam.

Jadi jika ada muzakarah antara Pas dan UMNO dan Nik Aziz tidak dijemput maka memang patutnya dia berasa gundah gulana. kerana takut masuk angin pengikut-pengikut Pas bila kena tarbiah oleh pemimpin UMNO.

Bagi Aku Pas samalah seperti Al-Arqam ( Rufaqah) pengikut Arqam adalah terdiri orang yang naif dalam soal agama. bila bertemu dengan Abuya dan kerap dijemput oleh ustaz-ustaz abuya maka golongan ini secara otomatik terpengaruh dan menjadi pengikut Arqam. yang peliknya golongan Ustaz 4 Senawi pun ramai terpengaruh dengan Abuya ini.

Berbalik soal Pas, hari ini Pas dan Syiah boleh dikatakan seiring dan sejalan. Pemimpin Pas walaupun tak mengaku Syiah tetapi boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri syiah. dan mereka amat takut seandainya fahaman Islam UMNO berjaya merobek dan memusnahkan pengaruh mereka didalam Pas,

Cetak artikel | Hanta