Jumaat, 1 Ogos 2008

IWAN SIMATUPANG

Iwan Simatupang begitu nama pengarang novel Merahnya Merah. Novel ini hanya mempunyai 160 muka surat. Tetapi aku mengambil masa hampir setahun untuk menghabiskan novel kecil ini.

Iwan adalah anak kelahiran Sibolga Sumatra Barat. Lahir pada 18/01/1928 merupakan seorang penulis kreatif dan kritis.

Beliau belajar di Leiden, Amterdam dan juga di Paris. Sekembalinya dari Barat beliau menghasilkan "Merahnja Merah" pada tahun 1961. Novel lain yang ditulisnya ialah "Ziarah" dan "Kering"

Kalau yang ingin membaca novel ini cari di kedai-kedai buku antik, kut kut ada. Dahulu harga buku ini ialah RM2.50 dan boleh di dapati di Pustaka Antara. Jalan TAR.
Sekarang ini ada lagi kah kedai buku tu. sebab sekarang ini kalau nak cari buku pergi ke MPH dan Border saja..maklumlah zaman dah berubah..kata iklan BH.