Jumaat, 1 Ogos 2008

ABDUL-HADI BIN HJ HASAN

Pernahkah anda mendengar nama ini? Mungkin tidak. Dalam wikipedia pun tak ada data. Mari lah sama-sama kita berbicara mengenai individu ini serba sedikit.

Beliau merupakan bekas guru Sultan Idris Training College. Tarikh kelahiran tidak diketahui. Samada seorang pensyarah atau guru lepasan kolej tersebut pun tak diketahui datanya.

Yang pasti beliau telah menulis beberapa siri "Sejarah Alam Melayu"untuk sekolah-sekolah melayu dan buku-buku tersebut diterbitkan oleh Department of Education Federation of Malaya. Cetakan pertama oleh Malaya Publishing House Limited Singapore tahun cetakan tidak diperolehi. Cetakan kedua ialah 1947 berjumlah 3000 naskah dan cetakan ketiga berjumlah 32 000 naskah dan buku di cetak oleh 'DI-TIGER PRESS SINGAPORE' pada tahun 1952.

PENDAHULUAN (petikan dari buku tersebut)

Bahawa adalah kitab ini dicadangkan akan dijadikan kitab terbahagi dengan dua jilid yang mengandungi 16 bab, iaitu 8 bab pada tiap-tiap satu jilid; akan tetapi oleh kehendakkan dengan segera, jadi dicetakkan 'PENGGAL I' ini dahulu, terkandung di dalamnya 4 bab sahaja, iaitu setengah bahagian daripada 'JILID I'

Ada pun isinya kitab ini terpungut daripada beberapa kitab; setengahnya daripada Sejarah Tanah Jawa, The Cencus of British Malaya, Tawarikh Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Marong Mahawangsa, Hikayat Abdullah dan lain-lain lagi daripada majalah seumpama Seri Pustaka, Volksalmanak Melayu yang dikeluarkan oleh Balai Pustaka di Tanah Jawa dan sebagainya.

Dicetak kitab ini , ialah dengan persetujuan Yang Berhormat Tuan R.O. Winstedt, Penguasa Pelajaran bagi Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Persekutuan; dan juga Yang Mulia Tuan O.T. Dussek, Pengetua Sultan Idris Training College, Tanjung Malim, Perak.

ABDUL HADI
June 1925