Jumaat, 1 Ogos 2008

PKR TAK LAYAK BERTANDING DI PERMATANG PAUH

Semalam satu dunia dah tahu bahawa YB Dr Wan Azizah talah meletak jawatan atau bahasa mudah melepaskan kerusi Ahli Parlimen.

Dr Wan Azizah dengan sengaja melepaskan kerusi hanya untuk memuaskan nafsu serakah suaminya sahaja. Bayangkan baru 3 bulan negara menjalankan PRU12 dah nak kena buat semula. Ini adalah kerja gila yang tak masuk akal. Bayangkan berapa juta ringgit pula yang SPR terpaksa keluarkan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil.

Tak tahu lah samada ada undang-undang yang boleh diambil kepada Dr Wan Azizah. Harap Peguam Negara dan Speaker Dewan Rakyat dapat mentelaah undang-undang yang ada mengenai tindakan yang patut diambil terhadap Persiden PKR tersebut yang sewenang-wenangnya mengosongkan kerusi dewan rakyat tanpa alasan yang munasabah.

Soal Anwar nak bertanding dalam pilihan raya kecil bukan soal besar tetapi perbuatan Dr Wan Azizah sungguh-sungguh tidak bermoral dan tidak bertanggung jawab. Bersusah payah pengundi dikawasan tersebut keluar membuang undi tetapi hanya kekal tak sampai 4 bulan.

Pas patut membuat report polis kerana tindakan Presiden PKR yang telah menipu pengundi di Permatang Pauh.