Baru-baru Tun sekali lagi membangkitkan isu Agusta setelah syarikat Harley Davidson mengalih alih semua asetnya. Buat pertama kali juga isu ini dimasukkan ke dalam Harakah.
Harakah tidak memihak kepada mana-mana tetapi mereka telah menyambungkan talian hayat ke blog Wenger At War. Harakah diumpamakan bermain badminton dan memberi bola tanggong. Jika di dalam facebook peranan batu ini dimainkan oleh Antapanis. Antapanis tidak suka menfitnah orang tetapi gemar memberi bola tanggung.

Bola tanggong Harakah disambut dari Wenger At War@ WengerKJ dengan membelasah Parpu Kari dan Piggy Singh sekali harung dengan hujah yang panjang lebar. Harakah mengambil bahan dari Art Harun blog dan Art Harun mendapat sentuhan dari chetdet.co,cc. Blog chetdet pun kena belasah kaw kaw punya.
Bagi penggemar motorsikal besar di Malaysia, penguasaan Proton terhadap Agusta dilihat sangat baik untuk jangka waktu yang panjang. Tun dan Mahalel tidak membuat silap dalam rundingan ini.
Sesuatu kejayaan tidak akan datang menggolek. Proton juga berjaya akhir-akhir ini selepas melalui kritikan dan tohmahan. Proton Saga versi pertama cukup ketinggalan dari segi rekabentuknya berbanding dengan Toyota dan Nissan dan lain-lain model dari Jepun. Akan tetapi dengan sokongan pembeli tempatan dan kawalan kemasukan CBU dan CKD kenderaan lain, Proton Saga dan Iswara menjadi goreng pisang panas di Malaysia.





Pemilikan Agusta juga akan menghasilkan kenderaan masa depan i yang menggabungkan teknologi kereta sport (Lotus) dan juga motosikal (Agusta)
Paling menghairankan kenapa WENGER AT WAR tidak membelasah 1MALAYSIA atau DS Najib kerana melaburkan 1 BILLION RINGGIT dalam F1, kenapa TUN MAHATHIR sahaja yang berani dilanyak .
Adakah kerana Tun Mahathir bukan lagi Perdana Menteri maka dengan mudah beliau dihenyak.
Oleh kerana DS Najib masih lagi Perdana Menteri makan WAW @WKJ masih mengharapkan sinar suria dimasa depan?