Ahad, 30 Mei 2010

TANAH KPG BARU KUALA LUMPUR MESTI 100 PERATUS MILIK MELAYU

Isu pembangunan tanah Kpg Baru telah lama diperbincangkan. Bagaimanapun sampai sekarang masih belum selesai. Tun Mahathir telah bercakap isu Kpg Baru Kuala Lumpur dalam ucapan penutup PAU beberapa tahun sebelum beliau berundur. 
Kata Tun. ramai pemilik asal sudah meninggal dunia dan banyak tanah tidak dibicara kuasa, satu tanah ada ramai waris dan sukar untuk dimajukan. Ada juga pemilik yang enggan menetap di kampung tersebut dan membeli rumah-rumah yang lebih selesa dan mewah di taman-taman perumahan.
Manakala yang tinggal di sana ialah waris-waris atau ibu bapa yang sudah uzur. Terdapat juga pemilik tanah yang telah menjual secara janji kepada bukan melayu. Walaupun tanah berstatus bumiputra tetapi ada yang berani membina bangunan. Jika benar bagaiman DBKL boleh meluluskan bangunan tersebut. Tentunya ada mekanisme yang membolehkan perkara ini berlaku.
Banyak tanah-tanah milik melayu tergadai kerana ada pemilik yang meminjam wang daripada orang bukan melayu, apa bila jumlah pinjaman terlalu tinggi dan tak mampu lagi untuk membayar balik maka tanah akan di manipulasi oleh orang lain.
Sama isu di Perak,  banyak tanah melayu malay reseb telah digadaikan kepada bukan melayu. Tanah di gunakan oleh mereka secara total samada menjadikan bengkel, stor, kilang atau pun tapak pertanian. Geran dipegang oleh mereka. cukai tanah pun dibayar oleh mereka. Melayu yang menjadi pemilik tanah tu hilang hak sama sekali kerana wang. 
Apabila kerajaan Dap memerintah Perak, berduyung-duyung mereka mengunjungi pejabat MB untuk diluluskan permohonan pertukaran hak milik tanah. Nasib baik 11 bulan sahaja memerintah , jika tidak habis tanah resab hancur lebur

Isu membangunkan Kg Baru KL hendaklah berhati-hati , jangan jadi seperti penduduk melayu di Sibu, Pada mulanya melayu yang mendiami Jalan Kampung Nyabor di pindahkan ke Kampung Bandung dan Abang Barieng. Melayu di beri beberapa pintu kedai. Malangnya kedai milik melayu tidak ada penyewa dalam tempoh yang panjang. Apa terjadi, kerana tidak mampu membayar cukai tanah dan cukai pintu pemilik melayu terpaksa menjualkan semua milik mereka kepada bukan melayu. Bagaikan dirancang, tak sampai sebulan semua tingkat premis tersebut berpenghuni dengan pejabat peguam, hotel dan restoran.
Adalah lebih elok jika dari 40% pemilikan tanah yang akan diberikan pada bangsa asing, lebih baik dibuat pusat kebudayaan melayu di situ atau wujudkan Bandar Melayu,  harap-harap ada usahawan mahupun jutawan melayu bersatu padu. mereliasasikan benda ini dengan menubuhkan satu konsortium khas untuk menjadikan Kg Baru sebagai ikon melayu.
Sekurang-kurangnya dunia tahun melayu tidak lagi dilabelkan bukan mundur, bukannya bodoh, bukannya pemalas seperti yang terpahat di minda melayu ..difikirkan .,
Contoh pusat kebudayaan ini boleh buat seperti Pasar Payang yang terdapat di Kuala Terengganu, jika Petaling Street terkenal dengan barangan cetak rompaknya, Kg Baru boleh buat tempat jual  barangan kraftangan melayu, alat muzik melayu. 
Bila sentuh soal muzik,  generasi muda yang mengagung-agungkan muzik barat atau luar, alat muzik luar, cuba kita lihat di Greek generasi muda mereka berbangga dan berminat bermain alat muzik Luke gitar mereka seperti gabus, namanya. cuma alat muzik tersebut di adaptasikan kepada nafas baru , sealiran dengan jiwa generasi muda, 
Harap komposer melayu diluar sana, dapat lakukan sesuatu, mengenai hal ini. masalah org melayu pemikiran tidak dibuka lebih luar, lebih kreatif. Nilai tradisi melayu haruslah dipelihara dan disemat kepada generasi muda, ianya kian lama tidak diambil peduli justeru itu terjadi lah gejala sosial,
semua ini berhubung kait.
Pokok pangkal nya kita tidak suka tanah melayu dijajah bangsa asing, tak kira apa sekali pun kerakyatannya. indon ka, arab ka, malaysia ka, but bangsa asing cannot. bukan lah saya races or tidak menerima konsep 1malaysia, but tradisi harus dijaga sejarah harus dikekalkan
untuk generasi akan datang.
Berikut ialah petikan dari Bernama mengenai pembangunan Kg Melayu.

Kampung Baru Mungkin Dibuka Untuk Bukan Melayu Tingkat Potensi Pembangunan
KUALA LUMPUR: Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah Akta Parlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.
"Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut. Apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.
"Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.
Raja Nong Chik berkata kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini juga secara dasarnya telah bersetuju mengenai cadangan itu.
Sekatan kepentingan tanah yang terdapat di dalam geran tanah Kampung Baru menetapkan bahawa tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah milik atau diduduki oleh kaum bukan Melayu.
Ia secara tidak langsung menjadi satu dilema dalam isu-isu tanah di kawasan berkenaan selain disifatkan akan mengehadkan potensi pembangunan Kampung Baru, sekiranya sekatan itu dikekalkan.
Ditanya sama ada nilai RM4,000 sekaki persegi yang dituntut pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu adalah realistik, Raja Nong Chik berkata ia agak tinggi, tetapi tidak mustahil nilai hartanah di kawasan berkenaan akan mencapai tahap itu dalam jangka masa panjang.
Selain itu Raja Nong Chik berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk melantik Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemaju utama dalam melaksanakan pembangunan Kampung Baru.
Selain PNB, kerajaan juga menawarkan kepada dua lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad, katanya.
"Tiga GLC ini kita pilih sebab ia berpegang kepada kepentingan bumiputera. Memang ada GLC lain yang lebih besar tetapi kebanyakannya tidak berasas kepada kepentingan bumiputera.
"Kerajaan pula tidak akan menjadi pemaju, kita tidak ada keupayaan itu sebab itu kerajaan hanya akan menjadi pengawal dan penyelaras bagi projek ini," katanya.
Manakala GLC yang lain digalakkan untuk menjadi pemilik atau penyewa utama hartanah di Kampung Baru.
Kampung Baru mempunyai keluasan sejumlah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan.
Majlis perjumpaan itu menyaksikan kira-kira 1,000 pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru hadir, bukan sahaja untuk mendapatkan penjelasan mengenai transformasi yang akan dilaksanakan tetapi turut mengutarakan pelbagai soalan dan pandangan berhubung projek berkenaan.
Hadir sama Timbalan Menteri Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha (KSU)kementerian Datuk Ahmad Phesal Talib dan Timbalan KSU Datuk Bakaruddin Othman yang mengendalikan sesi penerangan berkenaan dengan baik dan bersahaja.
Rata-rata para hadirin bersetuju supaya Kampung Baru segera dibangunkan, namun isu nilai tanah serta cadangan untuk membuka kampung Melayu itu kepada orang luar merupakan antara persoalan utama yang paling banyak dibahaskan.
Suasana musyawarah dalam majlis itu beberapa kali tergugat apabila ada beberapa pihak yang sedikit emosi ketika menyatakan pandangan mereka.
Bahkan cubaan Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang turut hadir di majlis itu untuk menyuarakan pandangan telah dinafikan beberapa pemilik tanah dan pewaris yang hadir kerana menyifatkan beliau tidak ada kena mengena dalam hal ehwal pembangunan Kampung Baru. - BERNAMA