Rakyat yang berhimpun ketika itu kira-kira 10 ribu orang , menanti kelahiran wadah politik rakyat ini dengan bergaya dan mengharapkan parti ini memimpin gelombang kebangkitan rakyat ekoran daripada kezaliman UBN menzalimi pemimpin rakyat Sdr Anwar Ibrahim.
Al Marhum Cikgu Khalil Shah Jamaluddin, mantan Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak di tugaskan untuk menggerakan struktur parti di negeri Perak berjaya bersama rakan-rakan menubuhkan 24 cawangan Parti Keadilan Rakyat seluruh negeri Perak.
Gelombang kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat tidak dapat dibendung lagi apabila pemimpin-peminpin KEADILAN di peringkat Pusat dan Negeri terus membongkarkan penyelewengan-penyelewengan UBN sejak sekian lama. Hikmahnya ada, Sdr Anwar ,isteri dan keluarga diaibkan, rakyat membuka mata. Angkatan muda ketika itu memaikan peranan penting mengerakkan masyarakat dengan program sumpah keramatnya yang mendapat sambuatan hangat daripada rakyat negeri Perak.
Kehadiran wanita KEADILAN Perak turut menyumbang kekuatan parti sejak 10 tahun lalu. Menyantuni rakyat menerusi program Motivasi keluarga, jejak fakir dan menangani gejala sosial mendapat sambutan hangat daripada rakyat.
Kualiti kepimpinan terus diberi keutamaan bagi menjamin masa depan parti. Program Konvensyen sebagai platform merancang strategik parti, bina wadah sebagai latihan kepimpinan serta konvensyen Penghayatan Islam semua pemimpin latihan merupakan platform penting para pemimpin dan pendokong disemua peringkat.