Jumaat, 3 September 2010

PAK SU MAT AROP MENGGEMPARKAN PAS PERAK DAN PAS PUSAT

Pak Su Mat Arop 65 tahun dari Kpg Tersusun Bagan Baru, DUN Kubu Gajah Selama Perak merupakan salah seorang ternama di kampung nya. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Pas Cawangan Bagan Baru, Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bagan Baru untuk sekian lama, Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Insanniah Bagan Baru dan Timbalan Pengerusi Homestay Kampung Bagan Baru.

Walaupun berusia 65 tahun, Susuk tubuh Pak Su sedikit pun tidak menampakkan beliau seorang warga emas yang lemah dan uzur. Beliau cukup cergas, segak dan sentiasa ceria dan mudah mesra. Tidak hairanlah beliau dipilih menjadi pemimpin masyarakat setempat untuk sekian lama.

Pak Su Mat menyertai Pas pada tanggal 10 Mei 1969, 2 hari sebelum Pilihanraya Umum, 3 hari sebelum berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Beliau menyertai Pas sewaktu kempen pilihanraya sedang rancak berjalan.

Pada ketika itu Perikatan dalam keadaan yang sangat tertekan kerana wujudnya beberapa parti pembangkang seperti Pas, Dap dan Gerakan. Cuma Pas ketika itu berseorangan menentang Perikatan. Pas juga amat memusuhi kaum Cina dan India dalam Perikatan. Pas amat memusuhi Dap dan Gerakan kerana kedua-dua parti itu adalah kapir laknatullah.

Beberapa bulan lepas, Menteri Besar Perak YAB Dr Zambry Abdul Kadir telah singgah dan menginap dirumah Pak Su yang dijadikan Homestay atau Inap Desa.  Berita Menteri Besar Perak menginap di rumah beliau telah mengejutkan orang Pas kawasan tersebut.

Sepanjang dua hari satu malam Zambry menginap, Pak Su memerhatikan perilaku Dr Zamry dan ternyata persepsi Pas terhadap Zambry amat menyimpang jauh. Tohmahan Pas selama ini ternyata salah dan tidak betul. Pak Su amat senang dengan budi bahasa dan ramah mesra yang ditunjukkan oleh Zambry.  Tambah Pak Su,  Dr Zambry seorang pemimpin yang alim, warak dan bewawasan.  Ternyata Pak Su amat kagum dengan beliau.

Sejak itu Pas Bagan Baru sudah mula mencurigai kesetiaan Pak Su dalam Pas, Mereka mula  memburuk-burukkan Dr Zambry. Sebagai pengusaha homestay beliau tidak boleh menolak hasrat Dr Zambry untuk menginap di rumahnya. Ini polisi beliau untuk tidak mahu mencampur adukkan antara perniagaan dengan politik.

Hati beliau semakin tawar untuk meneruskan perjuangan bersama Pas, kerana setiap kali Pas datang untuk memujuk supaya kekal dalam Pas maka semakin kuat rasa hati untuk keluar dari Pas. Ditambah pula dengan Pas Selangor, Pas Pulau Pinang semakin bercelaru, ini juga termasuk tindakan-tindakan Nizar yang semakin menyimpang.

Sejak mula menjauhi diri dari Pas menyebabkan Pas bertindak untuk mendirikan sebuah Markas di sebelah tanah beliau.  Pas dengan sombong telah berusaha untuk menghalau Pak Su secara halus dan cuba menyakitkan hatinya dengan siapnya markas tersebut. Niat buruk Pas semakin terserlah dengan tindakan mereka yang tidak Islamik.

Sekarang Pak Su sudah sedar dan terbuka minda untuk memilih Umno sebagai wadah perjuangannya yang baru. Pas tidak boleh lagi dipercayai kerana ia lebih kepada sifat pengacau sahaja. Pak Su amat terkilan dengan tohmahan rakan-rakan Pas nya.

Hari ini sempena bulan baik ini Pak Su dengan rela hati mengisi borang keahlian Umno bersama-sama beberapa orang rakannya dan menyerahkannya sendiri kepada Dr Zambry yang hadir ke sini untuk menyampaikan bantuan Hari Raya kepada mereka yang layak menerimanya. Umno Larut hari ini berjaya menambah ahli baru seramai 756 orang dalam tempoh kempen selama 2 bulan, usaha menambahkan ahli telah dijalankan oleh 41 cawangan dalam Parlimen Larut.

Kemasukan beramai-ramai ini adalah daripada penyokong pembangkang yang sudah tidak percaya lagi dengan parti mereka berdasarkan kekalutan yang berlaku hari ini. Pas sebuah parti tanpa tujuan, hasrat mereka untuk memerintah hanya impian sahaja, Pas memecah-belahkan masyarakat Melayu dalam urusan masjid, kenduri-kendara, kematian dan sebagainya.

Pak Su juga menyeru rakan-rakan Pas supaya segera meninggalkan parti dengan segera sebelum terlambat. Pas parti yang tidak mempunyai halatuju. parti ini hanya untuk menyakitkan hati orang sahaja.

Pak Su Mat juga tertarik dengan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional di bawah kepimpinan sekarang berbanding dengan Pakatan di beberapa negeri yang banyak kepincangannya.

Pak Su Mat juga berjanji untuk membantu Umno bagi membawa lebih ramai ahli Pas untuk menyertai parti keramat Malayu iti.

Pas Larut juga kini semakin teruk berpecah gara-gara perbezaan mazhab. Satu kelompok terpengaruh dengan Mazhab Syiah yang dibawa oleh Ustaz Ahmad Tajuddin Mat Jali dan satu lagi menyokong Sunnah Wal Jamaah di bawah Ustaz Rosli Hj Ramli seorang guru agama di sekolah menengah kerajaan. 

Manakala Pemimpin Pemuda Pas Nazri Din juga menghadapi masalah dalam pemuda di Kubu Gajah.  Tidak hairanlah Pas Larut semakin lesu dalam bulan Ramadhan ini.

Nota, apa yang dilaporkan oleh TM lebih tepat daripada laporan oleh setengah akhbar