Selasa, 10 Mei 2011

Penjenayah diburu

Info terbaru daripada D9 IPPKL, 1 lelaki berkemungkinan berketurunan India kini sedang diburu oleh cawangan khas yang ditubuhkan kerana menyimbah asid secara rambang. Keseluruhan kes adalah 22 disekitar Kuala Lumpur dan terbaru pada 7 & 8 May di Sentul. Modus Operandi adalah perempuan melayu bertudung dikawasan hentian bas atau berjalan kaki. Daripada 22 kes 90% adalah perempuan melayu dan selebihnya adalah berketurunan India.

Sila sebarkan kepada semua dan mengambil langkah berjaga-jaga. Jika berlaku perkara tersebut JANGAN GOSOK DIKAWASAN YANG DISIMBAH DAN HENDAKLAH MENYIRAM AIR DENGAN KUANTITI YANG BANYAK sebelum mendapat rawatan selanjutnya. Ada sepasang Ibu dan anak telah buta akibat daripada jenayah ini dan diharapkan seluruh warga SIM dan sahabat2 lain mengambil perhatian sepenuhnya sebelum penjenayah ini ditangkap.

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Ilahi semoga penjenayah ini ditangkap dan kita semua dijauhi oleh bencana ini.

Sekian

Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Komen