Khamis, 20 Disember 2012

Didakwa Dibayar - Xavier Perlu Kemuka Bukti Atau Disaman 20/12/2012

Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat hari ini mencabar Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar mengemukakan bukti yang beliau telah dibayar untuk mensabotaj petadbiran kerajaan negeri.Menurut Tuan Tat, jika Xavier gagal mengemukakan bukti tersebut, beliau akan mengemukakan saman terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Seri Andalas.