Jumaat, 22 Mac 2013

ADUN N14 CHANGKAT JERING!!!ANDA SETUJU?

Assalamu'alaikum wr wbt.
YAB Dato' Dr Zambry Abd Kadir,
Menteri Besar Perak DR.

1.Saya tahu yang kawasan N14 Changkat Jering adalah satu kawasan yang masih dibelenggu kesamaran tentang nasib BN di situ. Dalam kesamaran itu, calon yang yang baru dan belum pernah bertanding patut diberi peluang untuk bertanding di situ.Saya lihat calon yang sesuai ialh Saudara Kamaruddin Abu Bakar.

2. Melihat kandungan sms seseorang (rahsia) berkaitan senarai calon (cadangan) untuk kawasan N14 Changkat Jering yang dihantar kepada YAB Dato' saya melihat nama Kamaruddin diletak paling atas, malahan ketika ditunjuk kepada saya, saya tidak membantah.

3. Antara beberapa nama yang dicadangkan dalam sms tersebut, saudara Kamaruddin memang mempunyai kelebihan berbanding yang lain sebab beliau memang dilihat bersungguh-sungguh membantu BN di mana beliau berusaha untuk hadir tanpa gagal dalam hampir kesemua aktiviti/program yang melibatkan UMNO/BN.

4.Dalam gerak kerja yang beliau lakukan, dan percakapan beliau memperlihatkan beliau seorang yang sangat menyayangi parti, mempunyai semangat patriotik melebihi tahap biasa, aktif, tegas, sentiasa bersemangat, lebih mengutamakan kerja parti daripada diri sendiri, bertenaga serta agresif.

5.Dalam banyak perkara beliau tidak berkira, tidak pernah menyindir dalam ucapan tetapi direct,disukai oleh pengundi yang kebanyakannya golongan muda dan pertengahan umur serta mahu memberi peluang kepada orang muda dlm aktiviti yang dianjurkan.

6 Siapa di kawasan Bukit Gantang yang tak mengenali Kamaruddin seorang yang sentiasa dilihat ada di mana-mana dalam aktiviti yang melibatkan parti.Seorang yang sangat bertenaga (energetic), tidak pernah mennjukkan keletihan di hapan orang ramai, tidak pernah menyindir dan sinis ketika menyampaikan ucapan, direct dan tepat ke sasaran dan memiliki susuk tubuh perkasa dan bercita-cita(ambitious).

7.Walau pun beliau ada jawatan dalam parti iaitu Naib Ketua UMNO Bhg Bukit Gantang, tetapi pengundi di sini tidak melihat itu sebagai faktor.Malahan ada yang tak tahu beliau ada jawatan.Yang penting beliau memang sangat dikenali di kawasan ini.Mudah mendekati rakyat, mengambil peluang untuk menyelesaikan masalah dan membantu menurut cara yang beliau berupaya melakukannya dan sanggup bekerja hingga larut malam waima sampai subuh.

8. Tegasnya AJK lain tidak berupaya menyamai beliau dari segi gerak kerja, baik dalam AJK Bahagian mahupun sayap-sayapnya, di mana beliaulah yang lebih menonjol,lebih aktif dan lebih dikenali.Dan yang lebih penting beliau boleh memberi kerjasama kepada sesiapa sahaja sama ada Ketua Bahagiannya, pemuda, puteri dan wanita.

9. Atas perkiraan dan pertimbangan di atas, saya memohon jasa baik YAB Dato' agar menempatkan individu yang tepat di N14 Changkat Jering seperti sering diungkapkan bahawa DUN menjadi nyawa Menteri Besar, sementara Parlimen menjadi nyawa Perdana Menteri.

10.Memang ada kelemahan sdr Kamaruddin tetapi kelemahan itu agak peribadi dan hanya melibatkan cara/ pendekatan,serta kedudukannya sebagai manusia biasa, namun pada keseluruhannya dalam ada kelemahan itu beliau masih terbaik dan mempunyai lebih kelebihan berbanding rakan dalam kelompoknya.

11. Maka atas perkiraan itu beliau wajar diberi peluang untuk memperluaksan ciri kepimpinan yang ada padanya dengan menempatkan beliau sebagai calon BN bagi kerusi N14 Changkat Jering.

12.Jika hendakkan calon pilihan rakyat/pengundi di N14 beliaulah calon yang paling sesuai setakat ini.

Terima kasih.

Abd Bashid Harun.
B.A Hon Pengajian Islam (Malaya), M.Princ(Malaya), NPQH(IAB), dan Dip.Ed(LI).
Pengamat Politik/Blogger.

Tiada ulasan:

Catat Komen